Pages

Monday, June 8, 2009

Sangkar Ikan

Hari ini aku nak cerita pasal sangkar ikan yang banyak terdapat di sekitar Selat Bagan Nyior (SBN). Aktiviti membela ikan ni merupakan sebahagian dari punca pendapatan nelayan kat sini. Ikan yang dibela pula seperti siakap, jenahak dan kerapu. Ada yang bela siput sudu @ kupang. Nilainya... ribu-ribu wooooo... Tapi sayang sikit la... depa ni tak komersialkan sangkar tu.
Ada tempat dimana sangkar ikan ni dikomersialkan.. contohnya "Hole In The Wall". Best tempat tu.. kat Kilim Geopark.. Tapi aku tak nak cerita tempat yang dah memang terkenal. Orang dah ramai kat situ... sesak! Korang boleh datang kat sini... Posting ni khas untuk para nelayan SBN yang bela ikan kat sangkar.
Tunggu aku pi buat restoran kat atas sangkar tu.

1 comments:

Anonymous said...

Bestnya hang dapat makan ikan segar. Tapi aku lebih suka ikan puyu dan sepat sebab tu makanan harian aku masa di kampung dulu.