Pages

Tuesday, June 9, 2009

Pekasam

Hhhhmmmm... pekasam.... apa aku nak tulis ni... idea ni mai masa aku baca komen semalam.. dari sapa aku tak tau... harap lain kali letak la nama dengan email... senang aku contact...

Ikan pekasam adalah makanan tradisi berasal dari negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia. Negeri-negeri yang paling terkenal dengan ikan pekasam tradisional adalah Negeri Perlis, Kedah dan Utara Perak. Setiap masyarakat pada zaman dahulu mencipta berbagai-bagai cara untuk membolehkan makanan disimpan untuk jangka masa yang panjang. Ikan-ikan berlebihan yang ditangkap selalunya digaramkan dan seterusnya dikeringkan. Masyarakat Melayu di Utara mencipta kaedah lain yang bukan sahaja dapat mengawet ikan, tetapi juga menambah perasa dan selera, iaitu dengan memperkasamkan ikan-ikan. Pelbagai jenis ikan digunakan untuk dibuat pekasam, bergantung kepada spesis ikan yang terdapat dengan banyak sesuatu tempat. Di kawasan sawah dan bendang, ikan puyu dan sepat selalu digunakan. Perkampungan berdekatan dengan tasik atau sungai yang luas menggunakan ikan lampam atau terbol. Pada masa sekarang, dengan kekurangan jenis-jenis ikan tersebut, ikan-ikan lain yang senang diternak digunakan seperti tilapia dan keli.

Qoute dan gambar ini aku ambil dari http://www.pekasam.net/. Korang baca la sendiri... pas tu, boleh order.

0 comments: