Pages

Wednesday, June 10, 2009

25 tahun

Tengahari ni aku masuk ke Selat lagi... Nak pi rehatkan minda.... banyak kerja nak kena buat. Tempat kerja aku nak sambut Jubli Perak 25 tahun (1984-2009). Oooo... nanti korang tanya aku keja apa... aku mengajar... bidang aku TESL dan IT. Tapi aku banyak English la... hehehe.. Sir... panggil budak-budak aku.... Dalam IT pula aku punya pengkhususan ialah networking... wireless...wired... semua aku buat...


Bulan depan kami nak sambut 25 tahun (22-25 Julai). Jadi banyak kerja nak kena buat. Member-member aku semua dah lari balik kampung... 2-3 hari lagi baru nak datang balik. Aku tak balik sebab malas nak tinggal tugasan. Kalau aku balik pun, boss ayik call saja. Jadi baik aku tak balik. Tadi aku pi minta 'cuti' sat kat dia.... cuti dalam cuti.... Aku mai Selat ni dan tutup telefon.


Tugasan aku tak la banyak... tapi dah kena mula kerja... aku kena bahagian protokol dan pameran. So... aku kena pi la cari Jabatan-jabatan yang nak buat pameran tu. Lepas tu la ni aku dok contact dengan TPM/Menteri Pelajaran sebab dia yang nak mai rasmikan Jublee Perak tu... Dia dah confirm nak mai.. jadi kena urus protokol la... letih woooo.....


Sambil aku dok tengok Astro kat rumah aku ni, (rumah aku kat sini ada Astro dan internet) aku buat la posting ni...

0 comments: