HHmmmm... hari ni aku nak tulis pasal ikan. Hari tu aku pi LASIFT (Langkawi - Adang - Satun International Fishing Tournament). Projek usahasama Malaysia dan Thailand dalam bidang pelancungan. Galakkan pelancung mai dan pi mancing kat laut dalam di M'sia dan Thai. Best..!!
Gambar tak menipu. Yang best tu masa kami sama-sama masak tomyam dan makan atas bot. Pak Shawki yang mabuk laut pun boleh ok. Korang tengok la sendiri saiz ikan yang dapat dipancing.... Sebenarnya aku nak ucap terima kasih kat rakan-rakan aku dalam Radio Amatur sebab banyak aktiviti outdoor aku yang depa sudi bantu.
Gambar ramai-ramai tu bersama dengan Gabenor Wilayah Songhkla, Thailand
0 comments:
Post a Comment