Pages

Wednesday, June 24, 2009

Bukit Malut

Salam... lewat aku buat posting hari ni.. banyak tugasan aku kena buat.. biasa ler.. aku guru biasa.. ikut saja la arah boss. Jangan dibantah.. hehe... bukan bodek!




Petang ni aku ke Bukit Malut.. Pernah dengar ke tempat ni? Tak pernah..?? Alamak sedih nyer... Letaknya kat Langkawi laa... Perkampung haram.. eerrr... perkampungan pendatang asing dari Myanmar (Burma) dan Thailand. Kebanyakan mereka ni adalah pelarian.. aku tak tau la pelarian betul atau tidak.. itu kerajaan lebih arif..

Kenapa aku nak tulis pasal tempat ni..?? Kerana disinilah terdapatnya kilang-kilang pengeluaran ikan bilis yang terbesar di Malaysia selain dari Pulau Pangkor dan tempat-tempat lain.. Kebanyakan pekerja adalah warga Thai.. Bot-bot pukat bilis pun besar-besar.. bot laut dalam laa... Masa aku datang ada sebuah bot sedang memunggah hasil.. banyak.. tapi udang.. bukan ikan bilis.. aku tanya diaorang.. kena cakap Siam lee.. aku tak pandai.. tapi aku faham sikit-sikit apa yang dia kata.. Katanya ikan bilis tak ada sebab ribut di laut tapi udang banyak..

Kehidupan penduduk kat sini menyedihkan.. sangat menyedihkan.. amat menyedihkan.. rumah pun ala kadar.. sekadar ada bumbung dan dinding saja.. atas laut.. tapi mereka ni cekal.. boleh membiak pun.. hehehe... anak beranak pun macam kat Somalia.. comot semacam jer.. tapi itulah hakikat hidup..

Macam mana ikan bilis dibuat..?? Senang jer.. Anak-anak ikan tu direbus sejak dari atas bot lagi dan kemudian dibawa kedarat dan dijemur. Kalau musim hujan dan ikan bilis tak dapat dijemur, 'dryer' akan diguna. Lepas tu ikan bilis akan di'gred' mengikut saiz. Lepas tu di'pack' dan diedarkan.

0 comments: