Pages

Saturday, June 6, 2009

Jelajah SBN

Semalam aku masuk ke SBN. Tiga keluarga ikut sama: NRS (Nazri dan keluarga). 9W2BML (Abang Mail & keluarga) dan aku sendiri (9W2 CZL & keluarga) Semuanya dalam 15 orang. Wife BML takut naik bot laju. Kesian kat dia.. tapi alah biasa tegal biasa. Dalam bot aku tengok dia bimbang semacam. Bot lewat. Bertolak jam 8 malam dan kami sampai lebih kurang jam 815 malam. Berselisih dengan Datok Ir Nawawi (ADUN Langkawi). (Kesian.. sapa pun tak salam Datok. Datok hulur la tangan dulu.. kan Datok ni hamba rakyat.. bukan rakyat hamba Datok...)

Kami lepak kat Barkat Chalet. Best ... aku cerita sikit pasal chalet ni... Bukan nak promote.. tapi memang best giler... Konsep dia mudah saja. Atap rumbia, dinding buluh. Bila air pasang, sampai di kaki tangga chalet. Tak ada TV atau radio atau WiFi. Coverage 3G pun tak ada. Betul-betul basic. Kak Barkat dan Abang Rashid (owner) very friendly. Walau pun penat, kami masak sama-sama... Jam 10 baru makan malam. Budak-budak dah layu habis... Jam 11 semua dah sunyi. Sangat sunyi.
Aku tak suka tidur dalam bilik. Aku lepak kat luar dengan BML. Layan fresh air. Bulan pula terang. Sini tempat kami lepak. Ada agas sikit-sikit. Nyamok tak ada. Tak perlu bimbang pasal H1N1 (hehehe....) Tapi kalau minat outdoor, pasal nyamuk dan agas tak kisah. Malam ni kami bincang esok nak buat apa...... Kami punya XYL (wife) semua dah senyap dah... kesian kat depa... penat. Kena jalan 2km, lepas tu kena masak pula... kesian. NRS dan Angah pi mancing. Nak tengok hasil depa...? Nanti.....
Pagi tadi aku pi jala udang... aku ni tak la pandai sangat tapi dalam setengah jam aku dapat la sikit. Kalau nak buat goreng tu cukup la... masa tu air sedang pasang. Banyak udang terutama dekat dengan pokok bakau. Tapi aku takut nak pi dekat pokok bakau sebab aku takut ular... hehe... minat outdoor tapi takut ular.. bukan takut tapi geli la...
XYL Abang Mail cari siput...
Itu la... aku kata.. kalau rajin, kat SBN ni memang semuanya ada... janji ringan tulang. Kat bawah ni korang boleh tengok hasil pancingan... pari tu beb.... berat dia... aku tak tau la.. tp dalam 15-20 kilo macam tu la.. Kesian BML kena angkat... Aku tak leh nak tolong sebab tulang belakang aku sakit.. (prolapse Disc). Aktiviti lain...??? Nanti aku cerita dalam next posting... banyak lagi aku nak post... esok la kut. Malam ni dah penat....







0 comments: