Pages

Monday, June 29, 2009

Kerabu Jantung Pisang dan Kari Ayam Kampung

Salam.... Hari ni aku buat posting awal.. bukan apa saja.. curi masa sikit sementara tak sibuk sangat.. lagi pun tugasan untuk pagi ni dah siap. Apa tajuk hari ni..?? Sedap nyer.. sebab apa aku tulis tajuk tu..?? Pasal hari Jumaat Lepas sebelum aku ke SBN, kami rakan-rakan HAM Kedawang ramai-ramai memasak kat base station (rumah) aku.. Apa menunya..?? Kari ayam kampung, kerabu jantung pisang dengan kerang, ikan bakar, sambal dan ulam... Lazit jiddan!!. Hhehe.. Bahasa Arab.. aku tak tau betul ke tidak.. tapi member aku bagi tau.. betul..!
Apa hal aku cerita pasal menu makan tengahari tu...?? Saja jer... kut-kut korang rasa nak makan.. aku tak kisah.. datang le rumah aku. Insya Allah kami akan tolong masakkan. Rasanya untuk jamuan TPM semasa kunjungan ke sekolah aku nanti resepi itulah yang aku nak cadangkan. Biar lah dia rasa cara-cara kampung pulak..!
Aku bagi resepi ni kat korang:

Bahan-Bahan:
1 biji jantung pisang
3 biji bawang merah
3 camca sedang kerisik
1.25 sm belacan
sedikit kerang atau udang kering
2 tangkai cili merah
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukupnya
Cara:
Jantung pisang direbus hingga empuk. Kemudian dipotong kecil-kecil. Cili, bawang, udang kering dan belacan ditumbuk halus. Gaul jantung pisang bersama bahan-bahan ditumbuk halus. Masukkan kerisik dan garam. Gaul hingga sebati. Perahkan air asam limau. Gaul lagi hingga rata.

1 comments:

akula said...

Ewah....resepi la pulak...meleleh air liur den..