Malam ni aku buat posting pasal Batu Hampar. Tajuk ni simple saja. Aku nak cerita pasal pantai yang namanya Batu Hampar. Pantai ini letaknya kira-kira 10 km dari SBN. Nak kesana senang saja... ada banyak motor sewa kat sini. Kereta tak ada. Kan aku dah bagitau dulu... kat sini ada 5-6 buah saja kereta. Jadi kita kena sewa motor la... Naik motor tak kisah... nak la 2-3 orang pun. Polis tak ada...:)) (Ingat undang-undang oooiii...)
Pantainya memanjang dengan batu yang menghampar ketengah laut. Syurga bagi pemancing. Saujana mata memandang dengan Pulau Selang, Pulau Pelita dan beberapa buah pulau lagi. Airnya... jangan cakap laa.... syurga snorkeling. Nun di kejauhan... bot-bot nelayan dapat dilihat... Cuma untuk nak camping kurang sesuai sebab tak ada air tawar. Nak masak susah sikit. Tapi kalau daily trip, no problem. Tapi kalau nak buat trekking atau treasure hunt, memang sangat sesuai. Haiwan liar (monyet, lutong, burung, biawak dan lain-lain) boleh dilihat di sepanjang jalan. Tapi agak liar...
Perjalanan nak ke Batu Hampar kena melalui Pulau Tuba. Dari SBN ke Tuba melalui jambatan yang panjangnya kira-kira 1 km dan tingginya 70 meter dari aras laut. Tinggi tu.... Gayat juga. Jambatan ini dibina menghubungkan 2 pulau iaitu Pulau Dayang Bunting (Selat Bagan Nyior) dan Pulau Tuba. Jambatan ni untuk kenderaan ringan sahaja. Tapi aku tengok lori pun lalu juga. Bahaya tu.....
Sebenarnya ada beberapa tempat lagi yang aku nak cerita ni... tapi kalau aku post semua lepas ni aku nak post apa pula...
0 comments:
Post a Comment