Pages

Monday, June 29, 2009

Jubli Perak...

Sambutan Jubli Perak ini adalah tepat pada waktunya untuk kita mengimbas kembali kejayaan-kejayaan yang telah dicapai untuk membantu kita mempertingkatkan lagi usaha ke arah pencapaian wawasan ....
  1. Kemajuan bangsa yang maju berpunca kepada penyelidikan yang tidak berhenti-henti akan bahan atau cara sesuatu dilakukan untuk mendapat pengetahuan yang lebih mendalam. Daripada pengetahuan ini cara-cara baru yang lebih baik dan lebih produktif dapat dicipta. Cara yang baru ini terus diperbaharui sepanjang masa supaya menjadi lebih baik lagi atau lebih produktif lagi.
  2. Demikian kain yang dipakai oleh manusia bermula dengan kulit binatang atau kulit kayu. Tetapi manusia yang berakal memikir berkenaan dengan anyaman benang yang diperbuat daripada jenis-jenis tumbuhan. Ini diikuti dengan menenun dengan menggunakan alat yang agak primitif. Kemudian kapas dipintal sehingga menjadi benang dan ditenun menjadi kain. Kemudian proses tenunan yang lebih canggih dicipta supaya kain kapas dapat ditenun dengan lebih cepat. Mesin tenun ditingkatkan kecanggihannya sepanjang masa supaya tenunan kain menjadi lebih cepat dan lebih berkualiti lagi. Bahan-bahan lain diguna untuk menambahkan jenis, warna dan `design'. Ini menjadi penting kerana masyarakat manusia bertambah dengan banyaknya dan cara pengeluaran yang lebih besar perlu dicipta. Tanpa ciptaan cara-cara `mass production' maka keperluan masyarakat tidak dapat dipenuhi.
  3. Budaya yang menekankan ilmu pengetahuan, `curiosity' atau sifat ingin tahu, dan sikap tidak puas hati dengan apa yang sedia ada tetapi sebaliknya ingin memperbaiki lagi apa sahaja barangan atau kemudahan yang sedang digunakan. Bangsa yang mempunyai sikap dan budaya ini, yang suka memeriksa dan mengkaji semua kurniaan Tuhan, bangsa ini tetap akan maju. Justeru itu, kita bangsa Malaysia mestilah menerap budaya ini supaya kita juga akan maju dan tidak hanya bergantung kepada hasil penyelidikan dan ciptaan orang lain.

Saja aku buat posting untuk diri aku dan untuk sesiapa saja yang baca posting ni.. terutamanya anak-anak didik aku. Yang ni aku petik dari ucapan Tun Dr Mahathir tentang tujuan sambutan Jubli Perak.

0 comments: