Pages

Monday, June 29, 2009

Jubli Perak...

Sambutan Jubli Perak ini adalah tepat pada waktunya untuk kita mengimbas kembali kejayaan-kejayaan yang telah dicapai untuk membantu kita mempertingkatkan lagi usaha ke arah pencapaian wawasan ....
  1. Kemajuan bangsa yang maju berpunca kepada penyelidikan yang tidak berhenti-henti akan bahan atau cara sesuatu dilakukan untuk mendapat pengetahuan yang lebih mendalam. Daripada pengetahuan ini cara-cara baru yang lebih baik dan lebih produktif dapat dicipta. Cara yang baru ini terus diperbaharui sepanjang masa supaya menjadi lebih baik lagi atau lebih produktif lagi.
  2. Demikian kain yang dipakai oleh manusia bermula dengan kulit binatang atau kulit kayu. Tetapi manusia yang berakal memikir berkenaan dengan anyaman benang yang diperbuat daripada jenis-jenis tumbuhan. Ini diikuti dengan menenun dengan menggunakan alat yang agak primitif. Kemudian kapas dipintal sehingga menjadi benang dan ditenun menjadi kain. Kemudian proses tenunan yang lebih canggih dicipta supaya kain kapas dapat ditenun dengan lebih cepat. Mesin tenun ditingkatkan kecanggihannya sepanjang masa supaya tenunan kain menjadi lebih cepat dan lebih berkualiti lagi. Bahan-bahan lain diguna untuk menambahkan jenis, warna dan `design'. Ini menjadi penting kerana masyarakat manusia bertambah dengan banyaknya dan cara pengeluaran yang lebih besar perlu dicipta. Tanpa ciptaan cara-cara `mass production' maka keperluan masyarakat tidak dapat dipenuhi.
  3. Budaya yang menekankan ilmu pengetahuan, `curiosity' atau sifat ingin tahu, dan sikap tidak puas hati dengan apa yang sedia ada tetapi sebaliknya ingin memperbaiki lagi apa sahaja barangan atau kemudahan yang sedang digunakan. Bangsa yang mempunyai sikap dan budaya ini, yang suka memeriksa dan mengkaji semua kurniaan Tuhan, bangsa ini tetap akan maju. Justeru itu, kita bangsa Malaysia mestilah menerap budaya ini supaya kita juga akan maju dan tidak hanya bergantung kepada hasil penyelidikan dan ciptaan orang lain.

Saja aku buat posting untuk diri aku dan untuk sesiapa saja yang baca posting ni.. terutamanya anak-anak didik aku. Yang ni aku petik dari ucapan Tun Dr Mahathir tentang tujuan sambutan Jubli Perak.

Kerabu Jantung Pisang dan Kari Ayam Kampung

Salam.... Hari ni aku buat posting awal.. bukan apa saja.. curi masa sikit sementara tak sibuk sangat.. lagi pun tugasan untuk pagi ni dah siap. Apa tajuk hari ni..?? Sedap nyer.. sebab apa aku tulis tajuk tu..?? Pasal hari Jumaat Lepas sebelum aku ke SBN, kami rakan-rakan HAM Kedawang ramai-ramai memasak kat base station (rumah) aku.. Apa menunya..?? Kari ayam kampung, kerabu jantung pisang dengan kerang, ikan bakar, sambal dan ulam... Lazit jiddan!!. Hhehe.. Bahasa Arab.. aku tak tau betul ke tidak.. tapi member aku bagi tau.. betul..!
Apa hal aku cerita pasal menu makan tengahari tu...?? Saja jer... kut-kut korang rasa nak makan.. aku tak kisah.. datang le rumah aku. Insya Allah kami akan tolong masakkan. Rasanya untuk jamuan TPM semasa kunjungan ke sekolah aku nanti resepi itulah yang aku nak cadangkan. Biar lah dia rasa cara-cara kampung pulak..!
Aku bagi resepi ni kat korang:

Bahan-Bahan:
1 biji jantung pisang
3 biji bawang merah
3 camca sedang kerisik
1.25 sm belacan
sedikit kerang atau udang kering
2 tangkai cili merah
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukupnya
Cara:
Jantung pisang direbus hingga empuk. Kemudian dipotong kecil-kecil. Cili, bawang, udang kering dan belacan ditumbuk halus. Gaul jantung pisang bersama bahan-bahan ditumbuk halus. Masukkan kerisik dan garam. Gaul hingga sebati. Perahkan air asam limau. Gaul lagi hingga rata.

Sunday, June 28, 2009

ZZzzzz....

Salam... Semalam aku tak online.. saja.. aku ke SBN (Selat Bagan Nyior)... ada internet.. tapi saja malas nak online.. Tujuan aku kesana hanya semata-mata nak berehat.. nak rehat semata-mata.. Telefon pun aku 'off'kan.. Duduk kat Barkat Homestay.... Best la kat sini.. Sunyi dan sepi.. memang betul-betul rehat.

Malam Kak Barkat masak special.. ikan kerapu masak steam dengan halia, sotong goreng, dalca ayam.. huh... hingga menjilat jari. Kami makan beramai-ramai dengan tetamu lain.. NRS pun ikut sama dengan Lan dan Hainel. Tujuan utama kami sebenarnya nak ambil foto landscape.. gambar pantai, laut, bukit dan sebagainya.. tapi bila dah sampai.. hehehe... lain lak jadinyer... semua nak berehat saja...

Sembang punya sembang... borak punya borak.. sedar-sedar dah jam 2 pagi... macam-macam hal kami sembang.. kebanyakannya mengenai fotografi la... bertukar-tukar lens, teknik 'bulb', night shot dan lain-lain la... Jam 3 gitu baru masing-masing masuk ke 'sarang'... dengan satu tujuan: Esok pagi nak ambil gambar 'SUN RISE'...


Awal pagi... semua nak ambil sunrise.. awalnyer bangun... jam 900. Hehehehe... sunrise jam 9.00... Dah tengahari la... tambahan pula hujan pagi tu... sedapnyer tidur...

Tengahari aku naik bot balik ke Langkawi... mengadap laptop.. buat design banner untuk 25th Jublee. Buat le dua designs. Pas tu idea beku lagi... aku tidur jer... Taukeh T-Shirt lak asyik jer telefon aku.. bukannyer aku ada tempah t-shirt kat dia.. dia yang meng'gatal' buat t-shirt suruh kelab aku jualll.... banyak lak tu.. 1000 helai.. gila dia ni... sapa nak beli...!! Geram..! aku off handset!

Petang aku naik View Point Pemandangan Indah.. ambil foto sunset dengan Nazri.. view cantik.. aku ambil le dua-tiga keping untuk buat background banner aku.. Malam.. aku balik makan malam dengan Nazri.. tomyam.. ikan bakar, daging merah dan telur dadar.. Balik tidur..!! Banner tak siap.!

Friday, June 26, 2009

Lang atau Helang..???

Salam... sapa tau jawapan..?? Tolong jawab.! Lang atau helang.?? Aku pun tak tau.. Eagle.. itu aku tau.. Brahmini Kite.. White Belly Eagle. hehehe.. apa aku merapu ni..?? Tapi itu la dua jenis burung lang (helang) yang ada kat Langkawi ni.. So.. pagi-pagi tadi aku ke Eagle Square.. kat mana tu? Sama le macam Red Square kat Moscow.. hehehe.. tapi yang ini kat Langkawi.. Buat apa pagi-pagi pi sana..?? Aku ambil gambar helang tu la.. besar.. Memang saiz dinasor punya helang.. tak caya..?? nak tengok..?? Tapi aku tak upload semua lerr... nanti korang ciplak gambar aku lak.. hehehe.. hakcipta terpelihara.!


Ok.. aku ambil gambar tu untuk buat banner 25th Jublee sekolah aku.. Buat gambar background.. banner nanti cantik ker..?? tak tau lagi.. kalau korang pandai design banner, tolong aku design.. ada 3 minggu lagi.. 18hb ni dah nak kena siap.. kepala sakit wwooooo....!!!


So, aku pun tak tau macam mana nak design... maybe sat lagi ada ilham kut.. aku buat la.. jadi aku download dulu gambar-gambar helang atau lang yang aku ambil pagi tadi.. ada yang cantik.. ada yang kurang cantik.. tapi kalau malam lebih cantik.. dengan lampu-lampunya.. korang mai la tengok sendiri..
Sebenarnya aku nak bagi credit kat member aku nick dia akula... ada kat sahabat tu.. gambar malu nak letak.. sebab hensem sangat.. duduk kat Tengganu.. dia yang ajar aku kenal pc... kira-kiranyer tok guru aku la masa kami sama-sama merempat kat Telupid dulu... Telupid...?? Tak penah dengar..?? Nanti aku cerita pasal Telupid lak... dia ni memang best fren aku la... Woit.. bila nak mai Langkawi lagi..?? Tahun ni ada LIMA. Mai la... Tahniah juga kat dia sebab dapat baby baru yang ke 7 kalau tak silap aku... moga-moga murah rezeki..

Thursday, June 25, 2009

Derma..

Salam... hari ni letih.. sambung kerja. preparation untuk Silver Jublee 25th SMK Kedawang Langkawi. Pagi tadi program derma darah peringkat daerah Langkawi diadakan.. aku jarang miss. Every year aku pi.. tadi pagi pun aku pi juga.. ramai orang.. aku tunggu queue.. Sampai giliran aku dah pukul 10.00 pagi..
Sebenarnye aku lupa bawa buku derma darah aku.. so, dia bagi la kad gantian.. yang lecehnye tu, dari sekolah aku hanya aku sorang saja.. ada 80 guru.. yang lain tu macam-macam alasan.. yer ler.. namanya derma.. bukan paksaan.. Students form 6 ramai... tahniah kat depa..
Bila sampai giliran aku, dia bagi 2 beg.. alamak.. 2 beg..??? Aku tanya lerr.. apasal 2 beg? Kering darah aku nanti.. Dia cakap sebab beg kecil.. cuma 350ml saja.. so, dia bagi le 2 beg.. sebab dia nak ambil 450. Oooo.. gitu..baru le faham... Aku punya darah A+. Hemoglobin 14.8. Kira OK ler.. Blood presure pun OK.
Dia orang buat juga cabutan bertuah.. hehehe.. aku memang bertuah le.. dapat no 5. YB Rawi yang cabutkan untuk aku.. korang tau apa hadiahnyer..?? Tea set!. Tahniah kat aku.. hehehehe.. Tak der ler.. bukan hadiah yang aku nak.. tanggung jawab jer.. mana tau, nanti-nanti, aku yang perlu darah atau isteri atau atau anak-anak aku atau adik beradik aku yang perlukan darah, orang lain pula derma.
Masa drive balik tadi.. jauh gak.. 20km lebih kurang.. tetiba je aku gelap mata.. mujur le aku tak pandu laju.. sempat je aku ketepi.. alhamdulillah.. OK. Dalam 1-2 minit gitu.. sebab tak cukup rehat kut.. orang ramai.. katil sikit.. so, aku bangun cepat la.. then aku rasa lengan aku basah.. rupanye darah tak kering lagi.. masih meleleh.. basah kapas.. laa... sampai rumah terus je aku tidur.. sampai le jam 4. Nasi pun belum makan... tak per lah.. makan malam sekali la...
Hari ni tak der posting gambar. Mana ada gambar.. aku pun derma.. tak larat nak pegang kamera.. berat gak kamera aku tu. Esok aku nak ke SBN.. buat shooting landscape dan famili day... Tak tau le berapa photographer yang nak ikut sekali.. Korang nak ikut..?? Call aku segera untuk arrange boat dan chalet.. Bye

Wednesday, June 24, 2009

Bukit Malut

Salam... lewat aku buat posting hari ni.. banyak tugasan aku kena buat.. biasa ler.. aku guru biasa.. ikut saja la arah boss. Jangan dibantah.. hehe... bukan bodek!




Petang ni aku ke Bukit Malut.. Pernah dengar ke tempat ni? Tak pernah..?? Alamak sedih nyer... Letaknya kat Langkawi laa... Perkampung haram.. eerrr... perkampungan pendatang asing dari Myanmar (Burma) dan Thailand. Kebanyakan mereka ni adalah pelarian.. aku tak tau la pelarian betul atau tidak.. itu kerajaan lebih arif..

Kenapa aku nak tulis pasal tempat ni..?? Kerana disinilah terdapatnya kilang-kilang pengeluaran ikan bilis yang terbesar di Malaysia selain dari Pulau Pangkor dan tempat-tempat lain.. Kebanyakan pekerja adalah warga Thai.. Bot-bot pukat bilis pun besar-besar.. bot laut dalam laa... Masa aku datang ada sebuah bot sedang memunggah hasil.. banyak.. tapi udang.. bukan ikan bilis.. aku tanya diaorang.. kena cakap Siam lee.. aku tak pandai.. tapi aku faham sikit-sikit apa yang dia kata.. Katanya ikan bilis tak ada sebab ribut di laut tapi udang banyak..

Kehidupan penduduk kat sini menyedihkan.. sangat menyedihkan.. amat menyedihkan.. rumah pun ala kadar.. sekadar ada bumbung dan dinding saja.. atas laut.. tapi mereka ni cekal.. boleh membiak pun.. hehehe... anak beranak pun macam kat Somalia.. comot semacam jer.. tapi itulah hakikat hidup..

Macam mana ikan bilis dibuat..?? Senang jer.. Anak-anak ikan tu direbus sejak dari atas bot lagi dan kemudian dibawa kedarat dan dijemur. Kalau musim hujan dan ikan bilis tak dapat dijemur, 'dryer' akan diguna. Lepas tu ikan bilis akan di'gred' mengikut saiz. Lepas tu di'pack' dan diedarkan.

Tuesday, June 23, 2009

Bau atau tak berbau...Part 2

Bau..?? Bau apa ...?? Harum.. wangi.. tapi ada yang kata busuk.. Ikut suka korang leerr... tapi bagi aku bau wangi.. harum... Semalam tak berbau... malang tak berbau... hari ni ia berbau... bau harum dan wangi sangat-sangat.... itu lah bau raja buah.. DURIAN.. hhmmm korang tau nama saintifik dia..?? Tak tau..?? Namanya ialah Durionaceae.. Macam mana nak sebut..?? Sebut durian saja sudahlah.. buat apa susah-susah...


OK... sekarang ni musim durian.. bagi yang ada dusun tu, masa ni lah adik beradik balik menjengok.. faham-faham je lerr... masa nak tebas dusun dulu semua sibuk... ada meeting la... tak dapat cuti la.. anak tuition laa.. tapi dah masak durian tu... boleh pulak dia orang balik..Jangan maree.... Aku tak ada dusun.. dusun aku kat tepi jalan jer.. mana-mana boleh singgah. Tak perlu tebas rumput atau letak baja.. pegi ambil, letak atas kilo, then bayar..selesai..!

Sekarang ni durian dah murah.. kat Langkawi kalau durian kampung RM 4.00 atau RM 5.00 gitu.. Kalau durian Thai lagi murah.. RM 2.50 - RM 3.00 saja.. Tapi aku prefer durian kampung lerr.. Sedap dan lemak.. Masak semula jadi, bukan di peram macam durian Thai... the durian is distinctive for its large size, unique odour, and formidable thorn-covered husk. The fruit can grow as large as 30 centimetres (12 in) long and 15 centimetres (6 in) in diameter, and it typically weighs one to three kilograms (2 to 7 lb). Its shape ranges from oblong to round, the colour of its husk green to brown, and its flesh pale-yellow to red, depending on the species. The edible flesh emits a distinctive odour, strong and penetrating even when the husk is intact. Some people regard the durian as fragrant; others find the aroma overpowering and offensive. The smell evokes reactions from deep appreciation to intense disgust. (Wikipedia)

Macam-macam nama dan jenis durian ni.. ada kepala gajah.. ada kunyit.. ada macam-macam leerr.. Tak tau aku nak sebut satu persatu.. yang aku tau durian.. janji sedap! Kalau kat tempat aku ni, biasanye orang makan dengan pulut dan santan.. Addooooiii.. terus berbunyi perut aku..

Monday, June 22, 2009

Bau atau tak berbau....

Salam.... aku sebenar nya nak buat posting pasal buah durian... sekarang ni musim durian.. kat keliling rumah aku sekarang ni belambak durian.... so aku cadang malam ni nak buat le posting pasal durian Langkawi.. tapi malang, on the way aku nak pi beli buah durian tu, aku terserempak dengan 'benda' ni.... Aku tak pandai nak cerita apa sebab musababnya tapi kalau korang tengok, itulah dia... Apa dia...??? Sebab berlaku...?? Jangan tanya aku.. aku tak tau.. tapi sebab kecuaian.. Pagi tadi aku baru jer selesai buat program keselamatan jalanraya.. malam dah jadi macam ni...aku memang bawa kamera aku kemana saja... kecuali ke tandas.. hehehe... kamera mahal tu...
















Rakan Muda....

Salam.. hari ni kat sekolah aku buat program Rakan Muda "Keselamatan Jalan Raya" Satu company mai buat.. RM1200.00 duit bayarannya... banyak tu... tapi kira OK laa... Program ni khas untuk budak-budak form 4-5 yang naik motor tapi tak dak lesen dan tak dak disiplin jalanraya.. 120 orang dari 4 sekolah.. Banyak juga ilmu yang dia orang dapat.

Aku tak tau nak cerita pasal program ni le.. korang tengok je gambar.. then korang komen sendiri.. itu saja.. Bye..

Sunday, June 21, 2009

Panggang...

Hhhmm.. apa ke tajuk posting ni... panggang... apa yang di panggang... orang..?? ikan.. ? ayam..?? satay..??? saja jer.... petang ni aku teringin nak makan ayam panggang.. teringin sangat... so aku pi le beli ayam sekor.. balik proses.. then aku panggang.. aku pandai masak... (puji sendiri..) really.. aku memang boleh dan suka masak..



Ayam panggang makan dengan apa ye..?? Haa... nasi briyani... so, aku pun masak le nasi briyani... Jadi malam ni aku punya juadah ialah ayam panggang dengan nasi briyani.. Alhamdulillahhh.. sedap.. Korang nak ke resepi ayam tu...?? Kalau tak sedap jangan marah.. korang boleh cuba dan modified sendiri kalau tak sedap... mudah jer... resepi ni untuk setengah ekor ayam.. kalau sekor, korang tambah le sendiri... OK.. jintan manis dan jintan putih lebih kurang satu sudu teh.. agak-agak le... 2-3 cm kunyit hidup, 3 ulas bawang putih dan 3 ulas bawang merah, 4 cm halia.. (kalau suka korang tambah le serai sebatang). Semua bahan ni korang tumbuk/kisar halus.. oooo... lupa... sedikit gula dan garam secukup rasa.. kurang gaul semua bahan ni lepas tu perapkan ayam tu.. lagi lama lagi OK.. aku perap 2-3 jam.. baru le ayam tu sedap.. Then korang bakar lee... ikut suka nak guna oven atau api biasa.. aku lebih suka guna arang.. bau aroma nyer... fuhhh... meleleh air liur..

Masa panggang tu korang kena control api le... jangan kuat sangat dan jangan slow sangat.. boleh di percik dengan santan atau minyak.. jangan banyak ooii.. kolestrol nanti... panggang lah sampai masak... jangan garing sangat nanti tak sedap... makan panas-panas dengan nasi briyani... Resepi nasi briyani... itu lagi senang... korang pi jer kat supermarket... ada Maggi, ada Faiza,.. ada Brahim... pilih jer... hehehe.. senang kan...???

Kalau korang ada resepi lain yang boleh kita kongsi sama-sama... aku welcome korang.. kita share sama-sama..

Kertas Kerja...

Salam.... Bangun pagi ni dengan semangat baru... terus bersiap nak masuk kerja.. Tapi sakit belakang.. Slip Disc.. Doktor nak operate tapi aku tak mau lagi... Semalam buat shooting kat atas Gunung Raya.. hari ni sakit lee... makan ubat Neurontin.. itu lah talian hayat aku... ubat.. hehehe.. nak buat cam ner... dah rezeki aku ...
Sampai kat opis lewat sikit.. tapi aku dah SMS boss aku... dia OK... aku amat appreciate dia.. senang berurusan... tapi aku tak le nak main 'kayu tiga' pulak... Tuhan nampak ..... nanti teruk aku nak jawab diakhirat.
Sampai sekarang ni aku dok prepare paper work untuk Perkhemahan Perdana.. aku ni bukannya rajin dengan paper work tapi apa lah daya... kena buat juga.. Boss nak tau apa planning aku... so, buat saja la... Tapi yang best tu, guru-guru lain pun bantu juga... depa pun kesian la kat aku... buat kerja sorang-sorang... hehehe... pakat-pakat tolong...
Itu la namanyer team work... aku puji cikgu-cikgu kat sekolah aku ni,.. kalau minta tolong, depa akan tolong.. kalau masa lapang depa bisnes... hehehe... jangan marah... tak pa..tak pa... asalkan tak ganggu tugasan, carry on.. tapi kalau dah sampai tak masuk kelas tu.. kira tak OK la.. Tapi so far, semua OK laa... Tahniah kat anda semua... I love you all......

Saturday, June 20, 2009

Close-Up...

Salam.. petang ni aku naik ke Gunung Raya... Buat apa..? Saja je nak cari angle yang baik untuk fotografi.. landscape.. tapi malang nyer... cuaca amat berjerubu... putih saja keliling... apa pun tak nampak... akhirnya sesi landscape kami bertukar jadi sesi modeling.... aku tak pandai sangat modeling ni tapi aku belasah jer... tapi aku bukan nak cerita pasal sesi tu, aku nak cerita pasal Gunung Raya....


Gunung Raya... kononnye berasal dari Mat Raya yang bergaduh dengan Mat Cincang.. terkena sumpahan Sang Kelembai la tu... padan muka.. suka bergaduh... tingginya kira-kira 700 meter.. dulu tempat La Tour de Langkawi mencari Raja Bukit... kini tak der dah... La Tour pun dah tak datang ke Langkawi lagi... tinggal nama saja... Kat atas tu ada apa..??? ada macam-macam.. yang paling banyak ialah pemancar... hehehe.. tak payah cerita le.. kat Malaysia ni asal ada gunung adalah pemancar radio nyer...



OK.. kat atas tu ada hotel... cantik.. then ada look-out point.. kira-kira 50-60 meter tinggi.. kalau angin kuat, rasa macam bergoyang benda tu.. tapi korang jangan bimbang.. kukuh.. besar.. teguh... Dulu Binariang (yang control satelit Maesat tu laa) buat pusat controller dia kat situ la.. Nak foto..?? Tak leh le...



Macam mana nak naik gunung ni..?? Ooooo no problemm.... jalanraya cantik.. dari Kuah lebih kurang 10 km... korang tengok le dalam peta Langkawi... Sepanjang jalan tu korang boleh tengok tanah runtuh... eehhh.. silap.. hidupan liar.. lotong... kera.. dan unggas.. Bagi peminat flora dan fauna... sinilah tempatnya.. Kalau cuaca baik dan hari cerah... korang dapat lihat persekitaran Langkawi, Selatan Thailand dan Perlis. Tapi kalau cuaca tak elok.. jangan naik ler... tak nampak apa-apa pun...

Sayonara.....

Salam.... Sayonara... Selamat Jalan.. Byeee.... Apa tajuk posting ni... Tak ada apa-apa... cuma aku nak ucapkan selamat berangkat kepada dua orang anak didik aku yang juga Fasilitator Kelab Rekreasi SMK Kedawang yang telah berjaya melanjutkan pelajaran... Sapa dia...??? HHmmm.. Depa ialah Mohd Zahuri Hussin (UPSI) dan Husna Shafini Abd Latif (USM). Sorang lagi tak berjaya... Tapi tak pa... masa depan masih ada dan masih lagi panjang...

Depa ni dah bersama dengan aku sejak dari tingkatan satu.. dari ahli biasa hinggalah menjadi Pengerusi dan seterusnya berpindah sekolah (sebab naik ke Tingkatan Enam. Sekolah aku takat Tingkatan Lima saja), masih setia bersama aku... kemana aku pergi, mereka ini lah yang aku bawa sebagai Fasi... Abang Fasi dan Kakak Fasi.. Komitmen depa sungguh tinggi... Aku harap depa akan berjaya dalam melanjutkan pelajaran.

Sebenarnya bukan depa saja... ada banyak lagi... Mohd Akmal Azinan...Mohd Rozaili Rahman... Rosmaria Rahani... Mohd Rasul Azizan.. Azri Hafiz Aslan... banyak lagi le yang tak dapat aku sebut semua.. depa ni minat sangat sangat dengan aktiviti luar.. Contohnya Mohd Azri Hafiz.. dia join JPAM, ambil kursus menyelam.. dan berenang.. So.. dia ada cert untuk outdoor... jadi kalau aku nak buat aktiviti, panggil saja depa mai... selesai..

Namun yang lain-lain pun macam tu juga.. cuma terikat dengan kerja masing-masing.. maklumlah dah bekerja... Foto depa... hhmm nanti aku masuk kemudian sebab dalam laptop ni tak ada, laptop baru lee.....
OK la..untuk depa yang berjaya.. aku ucapkan tahniah... teruskan usaha.. balik mai sini bantu aku pula... selamat belajar.. dan untuk yang tak berjaya jangan putus asa... Cuba lagi...

Friday, June 19, 2009

Rekreasi.. 2

Salam.... hhmmm.. sambungan dari posting tadi... malam ni aku bakar satay dengan 9W2 BML dan famili.... Tadi aku buat posting tentang anak-anak didik aku.. so, malam ni aku nak cerita tentang guru-guru pembantu yang diarah membantu aku... Gambar ni aku ambil semasa Explorace Underwater World Langkawi. Mereka inilah yang sering membantu aku.. Walau pun cuma guru sandaran GSTT, tapi komitmen depa tinggi... hehehe.. takut aku bagi recomend tak elok... tak bergaji la depa.... Tapi sayang... salah sorang dari depa dah dapat kerja lain... Penolong Pegawai Kaunseling kat Putra Jaya... tinggal lagi 3 orang... Baru ni, sorang dah kawin... tapi suami jauh... kesian juga kat dia... rindu kat suami... hehehe... nasib le.. sapa suruh jadi cikgu.
Ooo.. maybe korang nak tahu nama depa... OK.. Cikgu Hasnah, Cikgu Zuraini Abu Seman, Cikgu Zuraini Hamid dan Cikgu Nur Alida (baru kawin). Yang ni guru tetap. Yang mana satu...??? Itu korang teka le... Cikgu Hasnah dan Cikgu Zuraini Abu Seman ni ex-student aku... dulu depa ni memang ahli Kelab Rekreasi juga.. then further study.. balik kat SMK Kedawang.. jadi guru Kelab Rekreasi... Tahniah kat depa...

Cuma aku kesian sikit kat depa dua orang ni sebab tak dapat kursus KPLI yang baru ni.. Semangat tinggi nak jadi Cikgu... Tak pa.. tahun depan cuba lagi.. Insya Allah, jika rezeki depa jadi guru.. takkan kemana... OK laa... itu la guru-guru pembantu aku... aku harap depa ni akan terus berkomitmen tinggi untuk bersama dengan kelab aku. Byeee

Rekreasi...

Salammmm.. Vanakkaam.. Sawadee kap.... Hehehehe.. saja nak buat lawak di pagi Jumaat. Selalu aku dok cerita pasal Langkawi saja... bukan dapat apa pun.. tak der hasil... tapi tak per... saja nak promote Langkawi..



Hari ni aku nak cerita pasal anak-anak buah Kelab Rekreasi aku.. ada ramai.. 300 orang lebih.. tapi yang selalu mai aktif dalam 50 orang saja.. yang lain tu.... hhmmm... koliak semua... dari tingkatan satu hingga lima... yang aktif tu ramai perempuan.. aku pun tak tau pasal apa... tapi itulah reality..


Aktiviti kelab aku.. hhhmmm macam-macam.. mana yang pelik-pelik yang orang lain tak mau buat, boss aku bagi kat aku la... hehehe... bodek boss.... bukan macam tu... cuma bagi aku, takrifan rekreasi ni sangat luas... fizikal dan mental... indoor dan outdoor... So.. budak-budak aku seronok join kelab ni...


Tahun ni saja dah banyak aktiviti yang kami buat... so, aku senarai la disini.. satu persatu... dari Februari hingga le sekarang...
  1. Perkhemahan di Selat Bagan Nyior
  2. Seminar Kebangsaan "Marine Endangered Species"
  3. Kursus Pertolongan Cemas
  4. Gotong Royong Perdana
  5. 3rd Underwater World Penguin Race
  6. Kem Pengawas SEMERBAK 09
  7. Sambutan Hari Bumi Kebangsaan
  8. Sayembara Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri
  9. Eksplorasi Angkasa Pusat Sains Negara
Yang dalam perancangan pun banyak lagi Insya Allah... Kami sedang berusaha mencari dana tajaan bagi our next program... Sapa yang nak menderma aku alu-alukan.. Foto.. nanti aku buat posting.. sebab sekarang ni aku guna laptop lain.. tak ada foto dalam ni.. laptop baru ..hehehe...

Thursday, June 18, 2009

Faces....


Salam... faces.... hhmmm... saja aku buat tajuk posting ni.. nak bagi interesting sikit... Faces of Langkawi... Aku pun sebenarnya tak mau nak cerita banyak pasal Langkawi ni sebab dah belambak web, brochures dan lain-lain yang cerita pasal Langkawi. Cuma aku nak tambah sikit-sikit saja.. Tapi aku ni tak pandai nak tulis cerita.. ambil gambar aku tau. So.. dalam posting ni aku letak le gambar yang aku ambil dari tempat-tempat yang tinggi... selalu korang ambil dari tempat rendah.. jadi kali ni aku ambil dari tempat tinggi pulak...
Lokasi tempat tinggi yang korang boleh lawat dan ambil gambar ialah Gunung Raya, Gunung Mat Chinchang dan beberapa bangunan hotel kat Pekan Kuah... Kalau sewa chalet, payah le sikit.. atau korang boleh sewa helikopter untuk 'arial view'. Cukup la takat ni... korang datang sendiri la..