Pages

Monday, August 31, 2009

Selesai...






Salam... baru bangun tidur... letih tak berapa habis lagi... dah beberapa hari tak rehat yang cukup... hari ni alhamdulillah... matahari memancar dengan terang.. harap tak hujan lagi la... walaupun pagi tadi ada hujan sikit... kesian kat depa.. dah mula membersihkan rumah.. aku tak pi tengok pun lagi.. air pun dah surut tapi belum kering sepenuhnya... kami juga masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga kerana kemungkinan hujan akan turun lagi dan bertembung dengan air pasang besar dalam 2-3 hari lagi....

Sebenarnye aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan Radio HAM kawasan Kedawang dan Ulu Melaka: 9W2 DMR (Pak Din) dan 9W2 BML (abang Mail), 9W2 DDA (Drs Anuar) serta rakan-rakan SWAL yang telah sanggup mengorban masa tidur dan masa untuk bersama keluarga demi untuk mangsa-mangsa banjir di Mukim Kedawang.. Jasa dan budi kalian semua hanya Allah saja yang membalasnya. Mereka juga bertungkus lumus membantu menyelaras komunikasi, gerakan menyelamat dan memasak... walaupun puasa namun sanggup untuk bersama mangsa.

Sini aku post gambar-gambar situasi banjir yang sempat aku ambil.. tak banyak sebab aku tak keluar ke lokasi... aku cuma koordinasi di Bilik Gerakan sahaja. Aku juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada hotel-hotel yang telah menaja makanan kami selama bencana ini berlaku:

  • Berjaya Beach Resort and Spa
  • The Frangipani
  • Aseania Resort
  • Mahsuri Westin
  • Holiday Villa
  • Casa Del Mar
  • Lancon Hotel
  • Pertubuhan Peladang Langkawi
  • Sandy Beach Resort
  • lain-lain yang tak dapat disebut satu persatu... banyak sangat...

Terima kasih buat mereka.. Moga Allah saja yang membalas jasa mereka..

0 comments: