Salam.. jam 3.30 pagi tadi.. 350 orang sudah dipindah ke pusat bencana di SMK Kedawang.. sejak dari lepas berbuka hingga le sekarang ni.. JPAM dan Bomba serta Polis dan JKM tak menang tangan menguruskan mereka ni.. Kesian kat depa.. sekarang ni jam 9.00 pagi.. hujan masih lagi lebat.. hhhmm.. macam mana keadaan dikampung, aku tak tau ler.. aku pun tak pi tengok lagi...
Aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada rakan -rakan aku 9W2 DDA Drs Anuar dan 9W2 BML Abang Mail kerana telah sangguh datang membantu depa ni.. kami rakan HAM membantu dengan menyediakan pusat kawalan radio.. dapat le berhubung dengan JPAM yang sibuk bertugas di luar.. serta pasukan PKK yang lain...Anak dan isteri aku juga turut tolong padang membantu depa memasak dan menyediakan juadah bersahur... menu sahur..?? Kari udang, ikan goreng dan telur.. best.!
Walaupun begitu aku tengok ramai juga depa ni yang tak berapa insaf dengan kejadian ni.. depa macam tak kisah pula.. patutnyer insaf la sikit dengan apa yang Allah turunkan kat kita.. ini tidak.. dah le kena pindah.. masih lagi dok cakap takbur.. tak nak pun datang bantu orang lain... dah ler kita sama-sama susah.. bantu membantu ler.. jangan ler ingat diri sendiri saja.. tolong masak ker.. kemas barang ker.. susun perkakas ker.. ini tidak... komplen lagi ada..!
0 comments:
Post a Comment