
Hhmm.. dah dua hari ribut.. semalam yang paling kuat.. aku rasa laut bergelora la.. bukan saja ribut kat laut.. tapi juga kat darat.. semalam kat hospital ramai yang demam dan selsema tapi aku tengok tak ada pun pemeriksaan rapi dibuat.. tanya lebih kurang.. bagi ubat dan balik.. ada MA yang suruh pesakit pergi klinik swasta dulu baru datang ke klinik kerajaan.. ada ke prosedur macam tu..?? Tak tau ler aku... Kat Langkawi ni Maktab Mahmud dan Kolej Komuniti dah diarah tutup. Yang lain tak tau ler... itu pun senyap-senyap... takut pelancong lari... isk.. isk... isk... dah darurat pun nak rahsia-rahsia lagi...
Buat masa ni kalau korang nak datang Langkawi aku rasa berhati-hati ler... bukan apa.. cuaca kurang elok.. ribut laut.. gelora jangan cakap ler.. nanti takut korang mabuk.. silap-silap feri pun patah balik.. tak jadi belayar... Tapi kalau nak cabaran.. silakan... boleh le rasa mabuk free..!
0 comments:
Post a Comment