Pages

Friday, August 7, 2009

Ribut lagi..II

Salam... hari ni dah 48 jam angin kencang melanda Langkawi. Kelmarin satu mayat lagi dijumpai di Pantai Cenang. Kalau tak silap aku tahun ini saja dah 8 orang kut yang mati di situ. Itulah manusia.. dah berkali-kali orang cakap... kalau laut gelora, jangan main-main... walaupun pantai tu nampak macam tak bahaya.. tapi sebenarnya amat berbahaya...!
Hari ni Jumaat.. cadang nak buat bangsal tu ler... tapi sampai sekarang tak nampak sapa-sapa pun yang datang... aku sorang tak mampu le nak buat... bukan apa... kalau aku buat, alamatnya.. Hospital Langkawi la sekali lagi..
Alamak.. boss datang rumah pula... OK la.. aku pi layan dia dulu.. Byeee!

0 comments: