Salam... Sabtu 15 Ogos.. Hari Larian 1 Malaysia di lancarkan di Langkawi.. aku tak pergi pun.. tak larat nak tersangkut dalam kesesakan di Pekan Kuah.. sesak..?? Jangan heran.. pekan kuah yang kecil tu pun boleh sesak.. kereta banyak.. jalan kecik... ada jambatan dah bertahun-tahun tak siap.. tak tau le bila nak siap... member aku kat JKR kata 'projek sakit'... member kat LADA kata duit 'komisen' dah tak cukup... tapi kontraktor tu cakap pula..'peruntukan tak ada..., depa tak bagi..'. Pelik bin ajaib... entah siapa yang betul... tapi aku percaya yang ketiga-tiga mereka betul..! Sila baca petikan ini:
SAYA ingin merujuk kepada surat bertajuk Apa Sudah Jadi Dengan Langkawi? oleh Cucu Mahsuri yang tersiar di ruangan ini pada 16 Julai 2009.
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pelbagai pihak termasuk penduduk, peniaga dan pelancong berikutan masalah pembinaan jambatan Sungai Kuah yang terbengkalai.Jambatan Sungai Kuah telah diberi milik tapak kepada kontraktor pada 1 November 2006 dan dijadualkan siap pada 2 Oktober 2007.
Walau bagaimanapun, penyiapan projek telah tergendala disebabkan kontraktor menghadapi masalah kewangan yang serius.Sehubungan itu, kontraktor penyelamat telah dilantik pada 30 April 2008. Projek ini kemudiannya telah diberi lanjutan masa sehingga 31 Disember 2008. Namun demikian, kontraktor penyelamat juga menghadapi masalah kewangan berikutan kenaikan harga bahan binaan dan masalah untuk berurusan dengan kontraktor asal yang tidak lagi aktif, selain masalah dengan pihak juru perunding.
Kelewatan projek semakin meruncing apabila pemilik kontraktor penyelamat meninggal dunia baru-baru ini menyebabkan tiada peneraju di pihak kontraktor penyelamat untuk meneruskan projek ini walaupun baki kerja yang tinggal hanyalah sebanyak tujuh peratus sahaja lagi untuk disiapkan.Bagi membantu kontraktor bumiputera, LADA sentiasa memberikan mereka peluang yang munasabah untuk menyiapkan projek walaupun kami sedar ia berjalan dengan amat perlahan.Ini adalah suatu usaha yang diambil oleh LADA untuk membangunkan kontraktor bumiputera supaya mereka tidak disenaraihitamkan.
Namun ia didapati tidak membantu LADA khususnya dan penduduk Langkawi amnya.Sehubungan itu, LADA telah memutuskan untuk menamatkan khidmat kontraktor dan juga juru perunding yang berkenaan kerana gagal menunjukkan prestasi kerja yang diharapkan.LADA sedang mengambil tindakan untuk melantik juru perunding baru dan seterusnya menguruskan pelantikan kontraktor yang baru. Ia dijangka mengambil sedikit masa kerana kami perlu mematuhi peraturan kewangan kerajaan yang berkuat kuasa berhubung pelantikan tersebut dan juga menilai kos pembinaan sebenar yang telah dibelanjakan oleh kontraktor terdahulu.
LADA melahirkan rasa amat dukacita dengan permasalahan ini kerana tidak dapat memenuhi hasrat penduduk Langkawi untuk menggunakan jambatan Sungai Kuah dalam masa terdekat ini.Pihak pengurusan LADA berjanji akan memperkemaskan lagi sistem pemilihan juru perunding dan kontraktor projek-projek LADA pada masa hadapan supaya masalah seperti ini tidak berulang.
RAMIZI HASSAN Utusan 22/7/09
Pegawai Perhubungan AwamLembaga Pembangunan Langkawi
Aku tak cerita pasal LADA ni... macam-macam cerita yang bagus-bagus pasal LADA sejak ia ditubuh kan..
Kelmarin aku pi ke dusun dengan famili aku dan famili 9W2 BML (bang Mail).. saja jer nak lepaskan tension sakit belakang aku... bukannya ada buah pun... ada buah rambai sikit.. dan cempedak saja.. aku suruh sorang minah Indon panjat.. berani la minah tu.. sampai ke hujung pokok di panjat.. umur baru 18 tahun.. aku tak berani panjat.. fobia tengok budak aku jatuh pokok masa Jubli Perak hari tu.. masih gayat lagi... Manis juga rambai ni... anak aku sampai sakit perut hari ni makan terlalu banyak.. so.. kalau ada masa nanti aku sambung balik..byeeee...!
0 comments:
Post a Comment