Pages

Monday, July 6, 2009

Rekreasi..

Kamus Webster mendefinisikan rekreasi sebagai "kaedah untuk menyegarkan kembali atau hiburan" (a means of refreshment or diversion). Rekreasi dapat dinikmati, menyenangkan, dan rehat tanpa mengeluarkan wang. Rekreasi memulihkan keadaan tubuh dan fikiran, serta mengembalikan kesegaran.
Definisi yang lebih tepat lagi dari rekreasi adalah "kegiatan atau pengalaman sukarela yang dilakukan seseorang di waktu luangnya, yang memberikan kepuasan dan kenikmatan pribadi." Meyer, Brightbill, dan Sessoms memberikan sembilan ciri-ciri asas rekreasi, iaitu:
  1. rekreasi merupakan kegiatan;
  2. bentuk-bentuknye pelbagai;
  3. rekreasi ditentukan oleh motivasi;
  4. rekreasi dilakukan secara rutin;
  5. rekreasi benar-benar sukarela;
  6. rekreasi dilakukan secara universal dan diperlukan;
  7. rekreasi adalah serius dan berguna;
  8. rekreasi itu fleksibel;
  9. rekreasi merupakan hasil sampingan.

Konsep rekreasi ialah:

  • Adil
  • Ihsan
  • Amanah dan Berwibawa
  • Perpaduan
  • Berilmu
  • Hak Individu dan Masyarakat
  • Kemesraan
  • Toleransi
  • Keprihatinan
  • Bersih dan Indah
  • Pemeliharaan
  • Penjimatan dan Cekap

Apa tujuan aku buat posting ni..?? Saja jer... sebab orang selalu tanya aku apa objektif kelab rekreasi aku.. so aku malas dah nak explain.. boleh baca kat sini.. ada banyak lagi yang aku boleh masukkan tapi cukup le setakat ini dulu...

0 comments: