Pages

Friday, September 25, 2009

Lubuk..


Salam... petang ni tak ada apa nak buat.. releks.. lepas tu aku dan anak aku yang kecil.. dia ni suka macam aku juga... merantau masuk hutan.. kami ke Lubuk Semilang... kat mana..?? ada la dalam 5 km dari rumah aku.. dan lebih kurang 4-5km juga dari Kuah.. jalan Padang Gaong... dulu tempat ni dikenali sebagai kampung buku malaysia.. sekarang tak lagi dah.. buku dah habis.. kampung pun hilang.. tak tau apa sudah jadi.. idea Dato' Seri Sanusi Junid.. Menteri Besar Kedah ketika itu.... idea bagus... aku suka tempat ni dulu.. boleh pergi beli buku.. baca sambil releks.. menikamati keindahan alam... tapi sayang. orang Malaysia ni..(Langkawi..????) tak tau nak hargai... dalam dunia ni bukannya banyak Book Village.. sayang sekali...

OK.. aku nak cerita pasal tempat ni ler... cantik... nyaman.. tenang.. ada sungai yang airnye mengalir jernih... kicauan burung.. flora dan fauna... kalau korang nak daki Gunung Raya, tangga helang seribu kenangan disediakan.. 4287 anak tangga.. aku dah daki dah... masa turun sorang budak aku pengsan.. kami kena dukung dia bawa turun... 3km.. bergilir-gilir.. sampai saja di bawah, kami pulak yang pengsan.. masa hujung minggu ramai orang datang berkelah kat sini.. ada 2 tempat.. satu kat bawah dan satu lagi kira-kira 1.5 km kat atas...tapi yang cantiknya kat atas.. cuma nak ke situ penat la sikit..

Kuala Chenang...

Salam... Jumaat.. raya ke 6.. ke Kuah awal pagi tadi.. sempat la jumpa rakan-rakan radio HAM Langkawi.. 9W2 GMG Pak Wi, 9W2 FRS Pak Fairus dan 9W2 UWR Anuar rakan baru dari Cheras.. sempat juga TT dengan depa.. lepas tu ke Kompleks LADA.. pejabat BPR Langkawi, jumpa Pak Wi... 9W2 BML dan famili datang rumah.. makan tengahari.. makan simple jer sebab balik lewat dari Kuah tadi...

Hmm.. aku nak cerita pasal ikan la... kat Kuala Chenang.. dekat je dengan rumah aku.. dalam 2 km macam tu ler.. kat sini ada jeti nelayan... sungai la... bot aku pun ada kat situ ler... hehehe.. aku ada bot dan pukat juga.. tapi dah lama tak kelaut.. dah tak larat nak tarik pukat.. dulu aku selalu kelaut.. balik kerja jer.. kelaut ler.. lumayan... aku buat pukat ketam dan lobster.. boleh dapat RM50-100 sehari... kerja 2 jam saja..tapi tahun-tahun lepas ler... OK.. balik kat Kuala Chenang ni.. yang best kat sini ialah jam 3-5 petang.. kecuali Jumaat.. masa tu nelayan baru balik dari laut.. hasil laut fresh.. aku selalu le datang.. kadang-kadang aku tolong pilih ikan.. kadang-kadang tolong angkat pukat, jual ikan dan macam-macam lagi ler.. dulu ler... sekarang dah tak larat dah...
Tahun lepas aku pengerusi nelayan kat sini.. tahun ni bagi orang lain la pulak.. aku dah tak kelaut.. kami ada tukun sendiri.. bot pelancung sendiri.. ada pakage.. memancing.. sauk sotong.. island hoping dan macam-macam ler.. tahun ni kami buat 2 even international.. LIFT.. Langkawi International Fishing Tournanment..1. Sauk Sotong (dah lepas) dan Tukun Perak Challange bulan 11 ni.. nak masuk..??? call aku..RM 3500 satu bot.. 6 orang..

Thursday, September 24, 2009

Temurun..


Salam...dah banyak hari tak update... saja jer... nak rehat habis-habisan... stop tengok laptop.. stop baca news.. rehat saja... dan makan... hehehe... hari ni nak buat posting pasal semalam... hhmmm... kelmarin.. aku ke air terjun Temurun.. sebab apa nama dia Temurun aku tak tau ler.. kat mana air terjun ni...?? Jauh juga dari Kuah.. dalam 40 km macam tu.. dalam 4-5 km dari Pantai Pasir Tengkorak... menghala ke Teluk Datai.. kira-kira 6 km dari Teluk Datai.. best ker..??? OK la juga.. sebab dia tinggi.. aku rasa-rasa la dalam 150-200 meter la... foto ni aku ambil dari jauh... sebab aku tak bawa.. terlupa sebenarnya nak bawa zoom lens... kira-kira 500 meter dari air terjun tu.. kalau dari dekat tak nampak macam ni.. kurang cantik.. letak air terjun ni kira-kira 300 meter dari jalan.. kena masuk dalam hutan la sikit tapi semua kemudahan ada.. tempat bersih dan terjaga... sungainya pula mengalir terus ke laut.. laut Andaman... yang best tu, air laut Andaman ni biru jer... masa aku sampai semalam angin kuat.. so.. ombak pun kuat la... cuma kat sini pantai dia tak cantik.. berbatu.. tapi kalau nak mancing.. sini ler... aku biasa juga datang sini mancing, tapi sekarang ni tak lagi ler.. dah tak larat nak drive... so.. kalau korang nak datang ke air terjun ni, kena tunggu lepas hujan.. baru cantik.. air banyak.. pulau yang korang nampak berbalam dalam foto ni ialah Pulau Tarutao dan Pulau Burung, Thailand... tak jauh.. dalam 10 km macam tu.. 20 minit bot laju..

Tuesday, September 22, 2009

Syawal lagi...

Alhamdulillah... dah raya ketiga hari ni... aku duduk sorang kat rumah.. yang lain balik kampung jengok sanak saudara.. aku bukan tak mau balik.. tapi keadaan tak mngizinkan aku balik.. aku tak mampu nak duduk lama-lama atas feri.. nak berebut beli tiket.. bertolak-tolak.. dah tak larat dah... so.. aku hantar anak isteri saja balik... jadi wakil aku...

Semalam tak dapat nak tidur... sakit belakang sangat.. nak ke hospital tak ada sapa nak bantu.. terpaksa ler menahan diri sorang-sorang.. mujur juga ada rakan-rakan dari PKK yang datang menjenguk.. lama juga kami bersembang.. sampai larut malam.. lepas tu depa pun kena berangkat untuk bertugas mengawal kampung... tahniah buat mereka yang sanggup berkorban mengawal kampung ketika orang lain tidur lena...

Pagi ni dah kurang sikit sakit.. tadi adik aku telefon tanya aku balik ke tidak... hehehe.. dia nak jemput aku kat jeti.. aku tak balik la adik ooooii.. tak larat.. tunggu le tiga-empat hari lagi.. kalau OK, aku balik... sat lagi nak telefon emak aku pula.. tak call dia pun lagi...

Sunday, September 20, 2009

1 Syawal....

Allahuakbar..allahuakabar...allahuakbar.. walillah hilham... kebesaran Allah... hari ni kita umat Islam seluruh dunia menyambut Syawal... dengan penuh kegembiraan... sekali lagi selamat hari raya aidil fitri.. maaf zahir dan batin... aku keseorangan kat rumah.. semua ke masjid.. aku tak mampu nak gerak.. sakit belakang sangat.. kalau ke hospital, dah sah masuk wad lagi.. tak per lah... beraya dulu.. nanti kalau teruk sangat lagi, aku pi ler...


Hhhmmm.. dengar khutbah di TV oleh Jamil Khir Baharom.. bagus khutbahnya... kueh raya....?? macam-macam ada... cuma kat rumah aku ni tinggal kami saja sekeluarga.. sat lagi BML akan datang... esok baru kami akan bertolak balik.. hari ni dah janji dengan students dan ex-students aku.. depa nak mai rumah.. macam tu la setiap tahun.. raya kedua atau ketiga baru balik kampung.. layan dulu rakan-rakan dan budak-budak kat sini.. seronok juga...


Buat rakan-rakan yang balik kampung, selamat beray dengan keluarga tercinta... dan buat yang sedang dan akan memandu, berhati-hati la... peristiwa kat Sungai Petani dan Sabak Bernam sungguh menyedihkan.. jangan jadikan diri dan keluarga kita sebahagian dari statistik kemalangan pada tahun ini... aku doakan korang selamat sampai ke destinasi.. Buat keluarga yang kehilangan orang tersayang, aku ucapkan takziah dan bersabarlah.. sesunggahnya Allah itu amat menyayangi umatnya... ada hikmah disebalik kemalangan tersebut...

Saturday, September 19, 2009

Esok Raya...

Alhamdulillah... genap 29 hari berpuasa.. walaupun terpaksa ditambah dengan jarum di paha dan lengan, dapat juga habis... tahniah kat aku...so.. salam aidil fitri sekali lagi buat semua... maaf zahir dan batin... tak hantar SMS raya.. malas nak tulis... kat sini kira jadi ler... lusa kut baru aku balik kampung... masa orang dah tak sibuk dah... nak naik feri pun sibuk le... berebut tiket kelmarin... bagi yang memandu malam ni, semoga selamat sampai ke destinasi anda semua.. dan beraya dengan gembira bersama keluarga... salam..

Raya datang lagi....

Salam.... apa khabar pembaca..?? Hhhhmmm.. dah seminggu tak update blog ni.. bukan apa.. kurang sihat sikit... biasa ler... sakit tulang... dikesempatan yang terhad ini, aku mengambil kesempatan menyusun jari sepuluh memohon keampunan dan kemaafan dari semua pembaca blog ini... halalkan mana yang terkata dan tertulis... SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIH.. dari aku sekeluarga...

Sunday, September 13, 2009

Bubur Lambuk






HHmmm... bulan puasa ni terkenal dengan bulan makan-makan... itu yang aku heran tu.. siang tak makan.. puasa.. tapi malam.. ya Allah.. makan macam nak gila.. macam esok dah tak akan makan lagi.. bubur lambuk.. yang terkenal kat KL tu.. bubur lambuk masjid kampung baru ker... kalau tak salah aku.. tapi yang ni akau nak cerita pasal bubur lambuk kedawang langkawi.. sedap.. kelmarin kami bergotong royong ramai-ramai pakat buat bubur lambuk.. bubur kanji kata orang utara.. masak dua periuk besar.. cukup la untuk nak bagi-bagi kat penduduk sekitar dan fakir miskin.. yang program PKK.. Pasukan Kawalan Kampung.. ramai yang hadir.. lepas tu petang kelmarin kami berbuka puasa beramai-ramai... syulur alhamdulillah..
Blogged with the Flock Browser

Saturday, September 12, 2009

Air crash...

Salam... hari ni aku melawat tempat kejadian... awal pagi tadi... sedih.. dan terharu... sekali lagi takziah buat keluarga Alllahyarham Mejar Mohd Zulkifli Hasan, 38, berasal dari Taiping, Perak meninggalkan seorang balu serta lima anak.dan Allahyarham Mejar Mohd Roszaini Mohd Mustafa, 37, yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan meninggalkan seorang balu dan tiga anak...semoga meraka semua tabah dalam menghadapi dugaan Allah... mudah-mudahan roh kedua perwira negara itu dicucuri rahmatNya dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman.. Amin....

Aku postkan gambar-gambar lokasi kejadian.. tapi aku minta maklum la.. kalau nak copy gambar-gambar ni dan guna balik untuk apa-apa tujuan sekali pun, maklumla kat aku dulu... bukan aku nak minta duit... tapi sebagai makluman saja... sebab aku tengok ada blog-blog yang ciplak gambar aku...
Kesan letupan pesawat tersebut menyebabkan serpihan bertaburan kekawasan sekitar dan apa yang korang dapat lihat sebahagian dari serpihan kapalterbang tersebut dan anggota tentera sedang memeriksa dan mengumpul serpihan tersebut..

Friday, September 11, 2009

Rakan HAM...

Salam... aku baru balik dari berbuka puasa bersama rakan-rakan HAM (Radio Amatur) Daerah Langkawi.. gembira tengok ramai yang hadir.. termasuk rakan-rakan SWAL.. Short Wave Amateur Listener.. mereka ini rakan-rakan yang belum berlesen lagi tapi berminat dengan radio amatur... seronok.. masing-masing datang dengan keluarga masing-masing... rasanya dekat 70 orang.. kami kutip RM 20.00 jer seorang... puas makan.. sampai tak terhabis.. ada yang bungkus bawa balik... mewahnya orang di Malaysia.. itu belum semua datang lagi.. masih ada 4-5 orang lagi yang tak dapat datang mungkin atas sebab-sebab tertentu.. aku rasa kalau semua datang... lagi ler meriah... maybe lepas ni buat majlis hari raya pula..





Takziah....


Jam 1200 tengahari tadi... satu kemalangan ngeri berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi... pesawat TUDM Pilatus PC 7 telah terhempas ketika cuba mendarat cemas... pesawat meletup dan hancur... sedih... kedua-dua jurutebang maut. Takziah untuk keluarga mereka... sabar ketika menyambut Aildil Fitri yang bakal menjelang minggu depan... sebagai wartawan aku sempat mengambil gambar-gambar tempat kejadian... Mereka dikenali sebagai Mejar Mohd Rozaini Mohd Mustafa, 37, dan Mejar Mohd Zulkifli Hasan, 38.... walaupun dihalau ... sempat juga aku shoot gambar-gambar ni.. biasa ler wartawan kena halau... so.. aku post le gambar-gambar ni.. tapi yang biasa saja ler.... yang lain-lain tak boleh... salah dari etika aku... foto ni juga aku hantar ke news... korang beli le The Star... Terima kasih kat member aku PDRM yang faham tugas kami sebagai wartawan.! dan sekalung takziah buat keluarga mereka... Al-Fatihah..





SopCast


Salam... Jumaat 22 Ramadhan... tak der apa nak buat... relax surf website... jumpa satu software... free.. boleh kita share sama-sama... guna software ni untuk nak tengok TV online ..satu dunia punya TV.. tapi yang banyak dari China le.. AXN ada.. National Geography pun ada... aku dok try le software ni... OK juga... lepas korang download kat http://www.sopcast.com/, korang extract, lepas tu install... then korang log-in guna "anonymous"... jangan tukar apa-apa... log-in terus.. then enjoy...! tapi kalau ada 'websebse' tak lepas... sebab dia blok 'peer to peer' program.. kalau korang pandai bypass websense.. boleh try... aku dok cuba bypass, mula-mula lepas, lepas tu dia filter.. dia blok IP aku.. mujur aku pakai IP random...

Wednesday, September 9, 2009

Eagle...



Eagle... helang... ada dua jenis helang kat Langkawi ni... Brahmini Kite dan White Belly.... hehehe.. itu yang dikaji ler... mungkin banyak lagi kut... aku tak tau ler... saja jer.. nak cerita pasal 'Eagle Feeding'.. apa tu..??? hhmmm.. pi naik bot.. lepas tu, bagi makan helang... ada dua-tiga tempat package eagle feeding ni... satu di Sungai Kilim dan satu lagi di Pulau Singa... dua tempat ni yang popular... bagi helang tu makan apa..?? makan perut dan kulit ayam.. berapa harga package tu..??? tak mahal la... RM 100 lebih.. ikut package laa.... seronok juga tengok helang tu mai sambar makanan.. tapi pada aku la... kita dah ubah nature dan enviroment helang tu.. lama-lama dia dah tak tau nak cari makan sendiri dan harap orang datang bagi makan saja... dan satu lagi mungkin helang ni akan mati cepat sakit jantung sebab banyak makan benda-benda yang berlemak.. kulit ayam... perut ayam.. lemak ayam... tapi tourist operator tak setuju dengan aku dan enviromentalist lain... depa kata itu salah satu tarikan pelancung yang tak ada kat tempat lain... gasak korang ler....

Tuesday, September 8, 2009

Langsiur....

Salam.... hmm.. rasa malas nak update blog hari ni.. tak larat sangat.... tapi buat juga la... tadi masa kat office ada rakan-rakan dok cerita pasal langsiur.. hehehe.. bulan puasa mana ada langsiur.. dah kena rantai... ustaz kata bulan ramadhan ni Allah rantai segala hantu syaitan... tapi apa yang aku nak cerita ni bukan pasal hantu syaitan tapi pasal satu tempat kat Langkawi ni yang namanya Gua Langsiur... sebenarnya aku confuse sikit yang mana satu gua langsiur yang betul.. sebab ada 2 gua... kedua-dua namanya sama... foto ni aku ambil masa aku dan famili ke Gua Langsir tersebut... kena naik bot.. satu bot tambangnya RM 250.00... 10 orang macam tu.. tempat ni terletak di dalam bukit.. terdapat satu gua yang tembus dari bukit tersebut ke laut.. banyak ikan dalam kolam di dalam bukit ni.... mungkin tempat langsiur berekat sambil makan-makan kut... tapi ada satu bukit tu kalau buat rock climbing memang best..! tapi nak sampai kat kolam ni pun penat juga... kena naik bukit... tapi ada tangga.. curam la sikit.. cuma sayang sikit tempat ni tak dijaga.. semak samun.. tapi bagus juga sebab tak ada pencemaran.

Sunday, September 6, 2009

17 Ramadhan...

Salam... malam ni malam 17 Ramadhan.. alhamdulillah... kita dah berjaya melepasi 10 hari yang pertama dan memasuki 10 hari yang kedua.. semalam aku menziarahi rakan 9M2 MKU (Pak Ku Mustafa) yang terlantar di wad.. doktor suspek serangan jantung.. tapi alhamdulillah setelah pemantauan rapi dibuat.. dia sihat... mungkin esok dah boleh balik balik la kut... malam semalam aku pula yang pi hospital.. sakit belakang sangat.. dah tak tertahan.. kena 2 jarum.. balik memandu dengan mata sebelah... hehehe.. pakai co-pilot...
Sebab apa aku letak gambar benda tu kat sini..???itulah pengandar.. kandar... tanggung atas bahu.. dah lama aku tak pernah tengok benda ni... masa aku kecik dulu... selalu le aku main benda ni.. bapa aku ada satu... kami selalu kandar rumput.. sekarang ni apa yang kita kandar..?? tanggungjawab ler... sebagai manusia.. sebagai muslim... zakat dah bayar ker..?? puasa bagi habis kecuali yang keuzuran.. aku dah biasa dah berpuasa kat hospital.. tahun lepas 3 hari.. dari 1 ramadhan.. teruk nak kena ganti.. tahun ni nampaknya alhamdulillah.. sihat..
Hmm.. cuaca pun OK.. cuma kekadang hujan... tadi ada juga hujan.. lebat gak... lepas tu panas balik.. terang benderang...

Saturday, September 5, 2009

full moon...

Salam... semalam bulan penuh.. mengambang dengan cantik.. alhamdulillah.. disebalik ramalan cuaca mengatakan hujan akan turun lagi dan diikuti dengan ribut petir serta laut bergelora... mungkin Allah nak menguji lagi... hari ni tak der apa nak buat.. tadi tolong XYL aku buat para pokok bunga.. dah 2 tahun aku tanam pokok bunga kesidang (kerak nasi kata orang utara) tapi tak mau berbunga.. hari ni aku buat para cantik-cantik kat dia.. lepas tu aku suruh dia berbunga.. hehehe.. kalau tak mau juga.. parang ler jawab nya....
Tadi pagi masa aku dok surf internet.. aku jumpa la benda ni... tak tau ler.. aku ingat orang Melayu saja percaya yang karut marut.. rupanya Mat Salleh lagi teruk.. korang baca sendiri...


What are some Myths behind Full Moons?
  • A werewolf in folklore and mythology is a person who shapeshifts into a wolf, with the appearance of the full moon- Stare at a full moon closely and you will see a boy and his dog burning brush.

  • Another rendition says to use a magnifying glass and look at the full moon, you will see a woman with a dog burning brush.

  • It is said that if a young girl holds a silk hankie at the face of the full moon, desiring to know when she will be married, the number of moons appearing, will indicate the number of years she shall wait.

  • Good Luck:- If you marry during the Full Moon, you will have good luck and good fortune.- Children born on a full moon, will be strong.

  • Bad Luck:- You will fail, if you try to commit robbery on the third day of a full moon.

Gambar bulan kat atas tu aku shoot sendiri semalam guna lens Nikkor 70-300 VR. Kamera Nikon D70S. Shutter speed 80, aparture F14. Gambar kucing tu pula.. kucing aku.. dah tua.. 14 tahun umur dia... kurang sihat sikit.. dia tidur dengan aku.. siap ada bantal dan tilam khas lagi... tapi dia selalu bangun tengah malam kalau nak kencing atau berak.. kacau betul ler... apa pula kata orang tua kalau kucing tidur atas bantal..????