Pages

Tuesday, June 21, 2011

Tugasan..

Hari ni banyak tugasan yang perlu diselesaikan... semakin hujung tahun, seakin banyak pula rasanya tugasan yang perlu selesai.. Kelmarin tak sempat nak update blog ni kerana menyelesaikan beberapa tugasa penting.. bila dah habis rasa macam tak larat la pula nak update.. terus balik dan tidur....

Hari ni, alhamdulillah..., rasa lapang sikit.... esok dan lusa.. sibuk balik hingga lah ke hari Ahad... macam-macam program lagi.. tapi tak kisah lah kerana ada juga kerja yang nak dibuat. Macam mana lah kalau hidup ni tak ada kerja apa yang nak dibuat...?? Tak tahu lah....

Sunday, June 19, 2011

Kenangan_2...

Ahad... mula kerja... Jam 12 ada meeting... atau lebih tepat taklimat.. sebab sebelah pihak saja.. bagi aku tak kisah la apa-apa pun.. mesyuarat ka.. taklimat ka... janji kerja aku selesai... beres..!

Hari ni saja nak paparkan foto dengan rakan-rakan di kaki Kinabalu... satu kenangan yang tak dapat dilupakan walaupun aku dah pernah berkhidmat di sana.. Dah lama balik kesini dan tak merantau lagi...

Sebenarnya seronok juga merantau ni... banyak pengalaman... Rakan aku menyebut... jangan bimbang kalau kita sesat... sebab lagi banyak kali kita sesat... lagi banyak pengalaman kita... tak tau la betul ke tidak....

Saturday, June 18, 2011

Kenangan...

Salam... cuaca nampak baik hari ni.. pagi tadi ada hujan sikit.. tak kisah lah.. Allah bagi hujan ker.. panas ker... kita sebagai makhluk terima saja dengan baik... jangan suka bersungut dengan apa yang Allah bagi ... derhaka namanya...

Hhhrrmm... semalam membelek-belek foto lama.. terpandang la foto ni... menghimbau kenangan tahun lepas... jamu 'hantu raya' kat Kota Kinabalu... hahahaha.. licin... ini mesti kerja Hani, Aniza dengan Kak Yun... laju saja depa perabis...

Yang sedihnyer.. depa tak ajak pun aku pi makan sama... depa bawa kamera saja pi... lepas tu balik tayang kat aku pulak.... sedih.... saja aku letak 2 foto ni.. sebelum dan selepas.. tengok sendiri... licin..... zalim sungguh puak-puak ni...

Tapi tak kisah la.. semoga foto ni nanti jadi kenangan sampai bila-bila... seronok juga bila terkenang kisah lama dengan kawan-kawan.. tahun ni tak tau lagi nak kemana....

Wednesday, June 15, 2011

Cuaca...



Salam semua....

Alhamdulillah.. 2-3 hari cuaca nampak sangat baik... matahari memancar dengan terangnya... nikmat Allah beri kepada manusia...

Semalam saja-saja.. berehat-rehat di rumah.. tengok bulan mengambang dengan indahnya... aku pun try la shot foto.. ok la... tak la cantik sangat tapi boleh la... dengan lens aku yang tak seberapa harga ni...

Tuesday, June 14, 2011

Forum

Salam semua... hari ni awal ke tempat kerja... ada tugasan awal... Forum Remaja Peringkat Daerah.. bagus dengar peserta-peserta meluahkan pendapat serta idea masing-masing.. penggunaan bahasa baku ... kena tunggu sampai habis...

Monday, June 13, 2011

Tugasan..

Salam semua... Hari ni hari kedua mula bekerja.. Saki baki 'demam' cuti ada lagi.. cuaca pulak muram jer... Kelmarin, masuk je kerja disambut dengan beberapa berita.. rakan-rakan dapat bertukar.. dan ada rakan yang ditukar.. aku simpati.. tapi apa nak buat.. kita ni siapa nak bantah.. ikut saja arahan.. mudah2an ada hikmahnya nanti... dan buat rakan yang ditukar.. sabar.. Insya Allah...

Bagi mereka yang mohon bertukar dan berjaya, tahniah untuk mereka walaupun tidak ditempat yang dikehendaki.. tak apa...

Tugasan lain menanti juga.. ada kertas kerja yang perlu disiapkan... kerana program akan dijalankan. Jadi kena la kerja 'extra'... itu belum lagi termasuk program-program yang datang 'mengejut'..

Biar apa pun... hidup mesti diteruskan....

Sunday, June 12, 2011

Mula...


Salam semua.... entah apa nak post hari ni... sebab dah mula kerja.. Tetiba terfikir pasal foto rakan-rakan sekerja semua... ramai.. 140 orang... jadi tak muat dengan sekali shoot.. terpaksa buat dua kali.. dibahagikan ikut sesi... sesi pagi dan sesi petang... itu tak termasuk staf sokongan lagi...

Cuaca pun nampak murung je hari ni... nak hujan lagi ni.... rezeki lagi.. Alhamdulillah....


Saturday, June 11, 2011

Hujung.....



Salam sejahtera... salam perpaduan ummah....

Hari ada lah hari terakhir cuti sekolah bagi negeri-negri di utara semanjung termasuk lah di Kelantan.. Ramai yang dah mula bergerak balik ke tempat kerja masing-masing.. tapi bagi negeri-negeri lain masih ada satu hari lagi... Masih boleh "enjoy" lagi...

Saja dalam posting ni aku letak foto asap ni... hheheeh.. asap apa..?? Huhuhuhhu... kedai ikan bakar yang terkenal kat sini.... Bukan nak promosi... tapi macam tu la hari-hari sepanjang musim cuti... itu baru cuti pertengahan tahun ni.. kalau hujung tahun nanti ada LIMA.. insya Allah... lagi la meriah...

Nak ikan bakar dia...?? Kena datang awal... Rasa..?? Biasa-biasa jer... tapi sebab 'a la carte'.. (kata orang puteh) sebab tu la kedai dia ni jadi tumpuan... lagi satu sebab dia saja yang buat ikan bakar waktu siang... orang lain buat malam-malam... Kat mana kedai ni yer..?? Oooo... kat pekan Padang Matsirat... kalau ada kesempatan datang ke Langkawi ni.. datang la ke kedai ni.. tengok sendiri 'kemeriahan'nya...

Friday, June 10, 2011

Water drops..


Petang ni tak tau nak buat apa... hujan... tapi tak la lebat sangat... cukup la untuk nak basah... Rasanya dah nak bermula musin hujan ni... x kisah.. bersyukur sajlah dengan apa yang Allah beri pada kita.....

Dalam aku duduk-duduk ni.. ternampak la titisan air kat bunga ni... macam cantik la pula... capai kamera terus shoot... tidak la cantik sangat kalau dibanding dengan jurufoto professional lain... tapi bagi aku dah puas hati sangat.... gambar ni ori.. aku tak edit guna mana-mana sofware...

Lagi satu aku tak suka foto yang dah diedit... sebab bagi aku.. foto yang cantik aqdalah foto yang asli, yang tidak ada touch-up dimana-mana... Sini lah kita nak lihat kreativiti jurufoto tersebut..

Karnival Geopark

Salam sejahtera semua.....

Karnival Geopark... agak lambat aku nak cerita.. dah berlalu minggu lepas... masa tu aku sibuk sikit dengan tugasan.. menguruskan budak-budak aku... macam-macam acara ada... tradisional hingga la moden dan bercirikan geopark..

Saja aku nak cerita.. sebenarnya aku tak pernah tengok wayang kulit... so.. bila diadakan permainan wayang kulit sempena geopark ini.. aku cari juga kesempatan sikit.. bawa anak isteri pergi tengok... boleh tahan juga lawak dia.. tapi sayang sikit.. tok dalang dia tak ada idea pasal geopark... terpusing-pusing tok dalang tu nak cari idea... kesian... Aku pun ambik kesempatan la jengok dalam pondok tok dalang tu... nak tengok mcm mana dia bekerja.....

Last dia pun tutup cerita... baru 1 jam jer... alaaa.... tak puas la tengok... tapi sekurang-kurangnya aku ada la juga experience tengok wayang kulit.... hahahahaha......

Ada pertandingan fotgrafi.. tahniah buat yang menang.. anak didik aku menang sorang.. tempat kedua... aku yang tak sempat hantar foto.. sebab "Photo Race".. kena ambik foto pada hari tersebut dan hantar pada masa yang sama juga.. tak boleh main edit.. mesti yang ori...


Thursday, June 9, 2011

Kurang....????

Hhhrrrmmmm.... salam petang untuk semua...

Petang ni nak buat satu posting... pasal sikap orang di Malaysia ni... Kalau kita dengar pasal kemalangan jalanraya... hari-hari ada berita.. siang malam... kalau nak dihimpun kan... belambak... tengok la Ops Sikap...

Dan dari foto yang aku ambik ni... orang ni memang kurang ajar... tidak berotak.. dan mementingkan diri sendiri saja... Patutkah dia letak kereta di tengah simpang..??? tengok kereta dengan pembahagi jalan tu...

Aku tak mau lanjut-lanjut... so.. sapa yang baca posting ni... dan mungkin kenal dengan makhluk ini.. kirim salam kat dia... Kepada anak beranak dia.. tegur-tegur la sibapa ini....










Hujan...

Salam buat sahabat-sahabat dan seluruh umat.....

Hari ni hujan.. alhamdulillah... nikmat dari Allah SWT... nikmat yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.. sekaya mana sekali pun kita dimuka bumi ini tidak mungkin dapat "membeli" hujan.. hatta Hosni Mubarak yang sebegitu kaya sekali pun tidak mampu untuk membeli hujan bagi diturunkan di bumi Mesir yang gersang itu.. begitu juga dengan Israel yang begitu bijak dimuka bumi ini dengan segala macam teknologi dan tipuhelah... juga tidak mampu untuk mencipta hujan untuk diturunkan di bumi mereka.... Begitulah hebatnya kekuasaan Allah.. dan betapa kerdilnya kita sebagai umatnya....

Hari ni naik motor... ditengah jalan.. hujan lebat... tak sempat nak cari tempat berlindung... tak apa lah.. sesekali merasa basah... yang penting kamera aku tak basah... sebab itu lah "senjata" cari makan aku... seronok juga naik motor dalam hujan.... orang yang lalu lalang menjeling semacam jer.... macam la aku ni ada hutang atau buat salah dengan dia orang... apa aku peduli... aku nak merasa nikmat yang Allah bagi kat aku dan kat orang lain juga...

Basah...?? bukan nak rugi apa-apa pun.... dulu kita dilahirkan pun basah juga.. apa la sangat jika dibandingkan dengan basah hujan yang tidak seberapa tu... lepas ni salin la....

Wednesday, June 8, 2011

Mat Cincang...

Mat Cincang... gunung (bukit..??) kedua tertinggi di Langkawi. Ketinggiannya 760 meter lebih. Kereta kabel kat sini la... tapi aku tak suka naik kereta kabel... tak menarik... Aku lebih suka mendaki...

Mendaki..?? Ramai yang tak sanggup... dan kalau tak sihat tubuh badan, jangan la cuba-cuba... Takut-takut nanti jadi masalah lain pula.. kesian orang yang nak datang membantu... Aku kena dah... Masa nak mendaki seronok, tapi masa nak turun... macam-macam masalah berlaku...

Puncak mana yang nak didaki...?? Puncak ni tak ada kereta cable... dan jaraknya lebih kurang 2 km dari kereta kabel tu. Nak mendaki bermula dari Telaga Tujuh.. terus ke Kem Saintis.. lebih kurang 1km.. Pendakian yang ni aku sebut "spirit walk"... sebab kalau tak mampu lepas yang ini.. memang tak layak nak mendaki lagi...

Selepas itu dari Kem Saintis ke Kem Tok Ayah lebih kurang 1.5 km.. Zon pendakian ini aku gelar "free and easy" sebab mendatar.. adala naik sikit-sikit... pemandangan indah... ada sungai-sungai kecil... pendek kata air tak jadi masalah la...

Zon ketiga dari Kem Tok Ayah ke Puncak Telaga Tujuh... yang ni aku sebut "skywalker" sebab mendaki dengan tali... mendongak jer.... nampak langit... kalau tak pakai sarung tangan.. mau melepuh tapak tangan....

Zon Keempat ialah "twilight zone"... kenapa..?? sebab curam dan mendaki jer.. panjat batu-batu.. silap teknik.... maut..!!! so.... ini lah zone pendakian yang paling bahaya dan paling kena berhati-hati..

Bila dah sampai di atas... tak ada apa pun... pokok-pokok kecil saja... panas lagi... Cuma ada penanda puncak gunung saja.. itu pun dah pudar... Jadi.. sebab apa yang suka panjat sangat...?? Ini lah sebabnya..

Machinchang Formation :Early to Late Cambrian

The Machinchang Formation is the oldest rock formation in Langkawi Island and in Malaysia, after the Machinchang Mountains in the northwest of Langkawi Island. The Late Cambrian age for the upper part of the formation was interpreted from the presence of the country's oldest fossil fauna of brachiopod and trilobites from Pulau Jemuruk. The Machinchang Formation is predominantly made of fine- to medium-grained sandstone with subordinate coarse-grained sandstone, conglomerate and shale accumulating a total thickness of up to 2830m. The Machinchang sandstone was interpreted as a deltaic deposit, deltaic to shallow marine deposit and fluvial to deltaic and open marine deposit. The formation is probably equivalent to the Tarutao Formation of South Thailand and is overlain conformably by the Setul Formation at Teluk Kubang Badak.

Langkawi possesses rich geodiversity in terms of rocks, minerals, fossils, geological structures, geomorphological and landscape features, with heritage value of national and regional significant. Geoheritage of Langkawi mostly occurred within rocky coasts, cliffs, peaks and waterfalls as well as in caves. Some highly significant exposures have been classified as geoheritage sites, containing one or more geodiversities of high heritage value. There are more than 90 geoheritage sites identified throughout the Langkawi Geopark, some of which have been proposed into the National Geological Heritage Lists. Despite of its rich geodiversity, Langkawi Geopark will only highlight two major geological attractions, that are: complete Palaeozoic geological records, incorporating oldest rocks and fossils in the region, best preserved sedimentary structures and fossils, best sedimentological and palaeontological evidences for affiliation with Gondwanaland. Most beautiful island karst landscape in the region featuring unique hills, ridges, islands and pinnacles, beautiful caves, tunnels and arches and the magnificent rare mangrove association with limestone bedrock.


Beronok... bronok....

Hhrrmmmm.... apa benda ni...??? Pernah dengar nama tu..?? @ pernah tengok dan pegang..?? @ pernah makan...?? Baru-baru ni dalam TV1 ada tunjuk... nak rasa..?? sedap laa... Hidangan utama @ main dishes kalau kat kenduri di Langkawi ni...

Dulu aku pun tak lalu nak makan juga.. geli tekak... tak lepas nak telan... tapi bila dah cuba sekali dua... rasa sedap la pulak....


Masa camping baru ni.. aku suruh budak-budak cari beronok ni.. lepas tu kami buat kerabu... Cikgu Has dengan Cikgu Suhani la 'chef' nyer....

Pagi.... Jeti Point

Salam semua.... sawadeekarp...... hehehehe....

Hari ni awal ke Jeti Kuah... hantar anakanda balik ke tempat kerja dia... cuti dia ada la 3 hari lagi, tapi dia perlu balik awal ke sana sebab ada kerja nak diuruskan. Sama macam aku juga.... awal sikit masuk walaupun ada lagi cuti.. Macam tu la mencari rezeki...

Sambil-sambil menghantar anakanda tu.. sempat juga aku ronda-ronda kat Jeti... Awal sungguh kedai-kedai buka... selalunya jam 9 baru buka.. tapi tadi aku sampai jam 8 dah beroperasi semua dah... dan meriah sungguh jeti.. Kedai yang paling meriah... hhmmm aku letak foto kat sini... bukan promosi kedai tu.... saja jer... kegilaan pelancong kat Langkawi ni... Aku ambik dari belakang kedai.. sebab dari depan dia tak bagi ambik foto....

Selamat melancong untuk 2-3 hari lagi.. dan selamat menghabiskan duit.... hehehe

Tuesday, June 7, 2011

Kilim Karst Geoforest Park...

Salah satu tempat menarik yang patut dikunjungi jika anda datang ke Pulau Langkawi...


The Kilim Karst Geoforest Park in the eastern part of the main Langkawi Island features magnificently formed landscape of nearly vertical to subrounded limestone hills with pinnacles of various shapes and sizes, can be viewed on limestone Setul Formation.

The northeast region of Langkawi, encompassing the three river basins of Kilim, Air Hangat and Kisap and the neighbouring islands of Langgun and Tanjung Dendang are spectacular in its beauty with the geological and landscape resources, the seas, the mudflats, beaches, the wetland mangrove and the unique fauna and flora that have long coexisted in these ecosystems.

The eagle and the cave system found in this area have also contributed to the myths and legends of the Island. The name 'Langkawi' is said to have been derived from the Brahminy Kite bird which is the most dominant faunal species in the area.

Gua Cerita or in English, Cave of Stories, which lies in the northern tip of the park, has many legends and beliefs associated with it - the giant bird Garuda, the epic fight between Rama and Rawana and Sang Gedembai - a humanlike giant female creature with a power to curse anything to turn into stone.


Selat Bagan Nyior

Dah lama aku tak tulis pasal tempat ni... dan dah lama juga aku tak jejak kaki ke sini.. Dah dua tahun kalau tak salah aku la... bukan apa.. saja jer...

Baru-baru ni aku bawa budak-budak Kelab Rekreasi aku berkhemah kat sini... kat Barkat Chalet.. masih macam dulu-dulu juga.. Kak Barkat dan Abang Rashid pun macam tu juga... masih sangat mesra...

Budak-budak yang aku bawa ni tak pernah lagi bekhemah.. ini la pertama kali... mesti la ada kesilapan dimana-mana.. Tak kisah la... bagi kat budak-budak tu pengalaman dulu.. lepas ni nanti.. insya Allah...

Aku selit la sini foto-foto perkhemahan tu..


Gua Pasir Dagang











Hhhmmm.. tak ramai yang tau gua ni.... letaknya kat Pulau dayang Bunting... kalu nak ke sini kena naik bot laju.. sewa khas.. rm 150-180 sebuah... itu kalau dari Teluk Baru/ Awana Porto Malai.. kalau dari Pantai Chenang aku tak tau.. rasa-rasanya lebih kurang laa...

Cantik gua ni... masih tak tercemar seperti gua-gua lain di Langkawi.. terpelihara... Foto..??? tengok sendiri.... Ada banyak... tapi aku upload sikit jer...

Cuti sekolah: LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Salam semua....

Cuti sekolah dah hampir nak habis dah... ada 4-5 hari lagi jer... Pelancong..?? Ramai lagi.. Aku pun tak tau apa sebenarnya yang menarik sangat kat Langkawi ni.. Pasal Geopark..?? Tadi aku tanya seorang guru yang bawa students sebuah sekolah menengah dari Pantai Timur... kenapa datang melawat Langkawi..?? Nak tengok Geopark ker..?? Haa...?? Geopark..?? Apa tu..??

Cikgu tak tau Geopark...?? so..?? kami ni datang nak shopping jer.. Arcoroc.. Corell.., Vision.. murah kat sini.. coklat pun murah... jadi bawa budak-budak ni buat wayang jer.... laaaaa.... itu jawapan dia... tajuk "LAWATAN SAMBIL BELAJAR".. Tercapai ke objektif dia...?? belajar ke budak-budak tu...?? Yang aku nampak tadi.. sama je shopping dengan cikgu-cikgu dia.... No komen...

Tapi yang aku sedih ialah sikap.. tak ambil tahu pasal perkembangan sekeliling... kalau dah cikgu pun tak tahu pasal Geopark... tak tercapai la objektif kerajaan...

Kesian.....

Monday, June 6, 2011

Kenapa Outdoor...??

Kenapa outdoor...?? Persoalan ini aku jawab dengan petikan dari Wikipedia... mungkin tafsiran aku tak sama dengan tafsiran orang lain... terpulanglah...


Outdoor recreation or outdoor activities are leisure pursuits engaged in outside, especially in (but not limited to) natural or semi-natural settings out of town. Outdoor recreation may also refer to a team sport game or practice held in an outdoor setting.

The two primary purposes for outdoor activities are beneficial use and pleasurable appreciation.

Beneficial use is related to the physical and social rewards which goal-directed activities instills in individuals or groups. Goal-directed outdoor activities are predominately physical, though they may also be mentally, emotionally, and spiritually rewarding. The outdoors as a physical or social setting may meet the needs of physical health, self-sufficiency, risk-taking, the building of social ties (including teambuilding), and the needs of achievement (such as practicing, enhancing and challenging skills, testing stamina and endurance, and seeking adventure or excitement). The outdoors can be an environment in which people "show what they can do".


Pleasurable appreciation encourages experiences of being "let in on natures show". Enhancement of inner perceptual and/or spiritual life may be experienced through outdoor activities and outdoor-related activities such as nature study, aesthetic contemplation, meditation, painting, photography, archeological or historical research, and indigenous culture among others. These activities may also be physically rewarding.


Many people in modern civilizations believe that the value of nature is found only in its "utilitarian value" (beneficial use). They would discount the inner perceptual and/or spiritual benefits of the "intrinsic value of nature" that may be experienced during pleasurable appreciation.


Outdoor activities may also be pursued for the purposes of finding peace in nature, enjoying life, and relaxing. They are alternatives to expensive forms of tourism. Outdoor activities are also frequently used as a medium in education and teambuilding.


Outdoor recreation activities have been defined as those activities that:

  • are undertaken outside the confines of buildings (ie, in the outdoors); and
  • do not involve organized competition or formal rules; and
  • can be undertaken without the existence of any built facility or infrastructure; and
  • may require large areas of land, water and/or air; and
  • may require outdoor areas of predominantly unmodified natural landscape

Tempat kerja baru...

Geopark is not just about rocks...
it is also about people...


Any area could be designated as geopark if they possess several geoheritage features and outstanding geological landscape within which they form the nucleus for the development of local communities through conservation and ecotourism.

Essentially, a geopark should have components of conservation, local community and ecotourism. In the geopark concept, local community is regarded as a central component of interaction between various elements within the environment and thus, the geopark management authority should get them actively involved in managing geoheritage conservation and promoting sustainable geotourism.

hehehehe... sini tempat kerja aku yang baru... berkaitan dengan GEOPARK....

lama sangat


Salam... rasanya dah lama sangat-sangat aku tak update blog aku ni.. Sejak tukar ke tempat kerja baru.. hampir 2 tahun.. mujur la blog ni hidup lagi.. Macam-macam la nak cerita, tapi nanti-nanti la.. Foto pun banyak juga nak letak.. maklum la dah lama...

Banyak la foto-foto yang aku ambik dalam masa 2 tahun ni. Tapi nanti aku upload sikit-sikit... x leh banyak2... nanti tak lepas...

Aktiviti aku macam biasa la.. outdoor juga.... tahun ni dah 4 kali aku naik Gunung Mat Cincang.. dengan grup aku.. Grup outdoor juga...

Ada orang tanya kenapa aku suka sangat outdoor ni..?? Nak jawab..?? Tanya la orang yang suka outdoor.. nanti akan dapat jawapannya...