Salam.... pagi aku terima satu email... dari kawan lama... lama dah tak jumpa dia... bagus email ni... aku post di sini untuk kita sama-sama baca dan hayati...
Haiwan dan unggas bertindak berasakan nafsu dan naluri. Adakah kita juga sama?? Anda seperti saya pastinya yakin kita kita bukan sebangsa dengan haiwan. Kita semua percaya nenek moyang kita tiada kaitan dengan monyet, chimpanzee, beruk, siamang, kera, lotong, ungka, orang utan dan gorilla seperti didakwa oleh Darwin dan rakan-rakannya yang jahil. Kita semua tahu bahawa anda, saya dan semua manusia dimukabumi ini adalah insan ciptaan khas Allah; bukan jadi-jadian kononnya hasil evolusi dari beruk dan monyet. Kita makhluk yang terpilih dan mulia. Hidup kita sebagai manusia tidak hanya berdasarkan kepada naluri, instinct atau nafsu. Kita ada misi dan peranan besar di atas mukabumi. Ketika Allah mahu menciptakan Nabi Adam, Allah berfirman: “….sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi seorang khalifah…” (Albaqarah:30) Jelas Allah telah memuliakan kita. Allah telah memuliakan kita sebagai khalifah-Nya. Maka relakah anda membiarkan seorang putih bernama Darwin merendahkan kita dengan menyamakan kita dengan monyet, chimpanzee, beruk, siamang, kera, lotong, ungka, orang utan dan gorilla? Relakah kita disamakan dengan haiwan dan unggas bertindak berasakan nafsu dan naluri, yang mempunya iotak tetapi tiada fikiran? Relakah anda?
0 comments:
Post a Comment