Pages

Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Kenangan_2...

Ahad... mula kerja... Jam 12 ada meeting... atau lebih tepat taklimat.. sebab sebelah pihak saja.. bagi aku tak kisah la apa-apa pun.. mesyuarat ka.. taklimat ka... janji kerja aku selesai... beres..!

Hari ni saja nak paparkan foto dengan rakan-rakan di kaki Kinabalu... satu kenangan yang tak dapat dilupakan walaupun aku dah pernah berkhidmat di sana.. Dah lama balik kesini dan tak merantau lagi...

Sebenarnya seronok juga merantau ni... banyak pengalaman... Rakan aku menyebut... jangan bimbang kalau kita sesat... sebab lagi banyak kali kita sesat... lagi banyak pengalaman kita... tak tau la betul ke tidak....

Saturday, June 18, 2011

Kenangan...

Salam... cuaca nampak baik hari ni.. pagi tadi ada hujan sikit.. tak kisah lah.. Allah bagi hujan ker.. panas ker... kita sebagai makhluk terima saja dengan baik... jangan suka bersungut dengan apa yang Allah bagi ... derhaka namanya...

Hhhrrmm... semalam membelek-belek foto lama.. terpandang la foto ni... menghimbau kenangan tahun lepas... jamu 'hantu raya' kat Kota Kinabalu... hahahaha.. licin... ini mesti kerja Hani, Aniza dengan Kak Yun... laju saja depa perabis...

Yang sedihnyer.. depa tak ajak pun aku pi makan sama... depa bawa kamera saja pi... lepas tu balik tayang kat aku pulak.... sedih.... saja aku letak 2 foto ni.. sebelum dan selepas.. tengok sendiri... licin..... zalim sungguh puak-puak ni...

Tapi tak kisah la.. semoga foto ni nanti jadi kenangan sampai bila-bila... seronok juga bila terkenang kisah lama dengan kawan-kawan.. tahun ni tak tau lagi nak kemana....

Saturday, June 11, 2011

Hujung.....



Salam sejahtera... salam perpaduan ummah....

Hari ada lah hari terakhir cuti sekolah bagi negeri-negri di utara semanjung termasuk lah di Kelantan.. Ramai yang dah mula bergerak balik ke tempat kerja masing-masing.. tapi bagi negeri-negeri lain masih ada satu hari lagi... Masih boleh "enjoy" lagi...

Saja dalam posting ni aku letak foto asap ni... hheheeh.. asap apa..?? Huhuhuhhu... kedai ikan bakar yang terkenal kat sini.... Bukan nak promosi... tapi macam tu la hari-hari sepanjang musim cuti... itu baru cuti pertengahan tahun ni.. kalau hujung tahun nanti ada LIMA.. insya Allah... lagi la meriah...

Nak ikan bakar dia...?? Kena datang awal... Rasa..?? Biasa-biasa jer... tapi sebab 'a la carte'.. (kata orang puteh) sebab tu la kedai dia ni jadi tumpuan... lagi satu sebab dia saja yang buat ikan bakar waktu siang... orang lain buat malam-malam... Kat mana kedai ni yer..?? Oooo... kat pekan Padang Matsirat... kalau ada kesempatan datang ke Langkawi ni.. datang la ke kedai ni.. tengok sendiri 'kemeriahan'nya...

Friday, June 10, 2011

Karnival Geopark

Salam sejahtera semua.....

Karnival Geopark... agak lambat aku nak cerita.. dah berlalu minggu lepas... masa tu aku sibuk sikit dengan tugasan.. menguruskan budak-budak aku... macam-macam acara ada... tradisional hingga la moden dan bercirikan geopark..

Saja aku nak cerita.. sebenarnya aku tak pernah tengok wayang kulit... so.. bila diadakan permainan wayang kulit sempena geopark ini.. aku cari juga kesempatan sikit.. bawa anak isteri pergi tengok... boleh tahan juga lawak dia.. tapi sayang sikit.. tok dalang dia tak ada idea pasal geopark... terpusing-pusing tok dalang tu nak cari idea... kesian... Aku pun ambik kesempatan la jengok dalam pondok tok dalang tu... nak tengok mcm mana dia bekerja.....

Last dia pun tutup cerita... baru 1 jam jer... alaaa.... tak puas la tengok... tapi sekurang-kurangnya aku ada la juga experience tengok wayang kulit.... hahahahaha......

Ada pertandingan fotgrafi.. tahniah buat yang menang.. anak didik aku menang sorang.. tempat kedua... aku yang tak sempat hantar foto.. sebab "Photo Race".. kena ambik foto pada hari tersebut dan hantar pada masa yang sama juga.. tak boleh main edit.. mesti yang ori...


Wednesday, June 8, 2011

Mat Cincang...

Mat Cincang... gunung (bukit..??) kedua tertinggi di Langkawi. Ketinggiannya 760 meter lebih. Kereta kabel kat sini la... tapi aku tak suka naik kereta kabel... tak menarik... Aku lebih suka mendaki...

Mendaki..?? Ramai yang tak sanggup... dan kalau tak sihat tubuh badan, jangan la cuba-cuba... Takut-takut nanti jadi masalah lain pula.. kesian orang yang nak datang membantu... Aku kena dah... Masa nak mendaki seronok, tapi masa nak turun... macam-macam masalah berlaku...

Puncak mana yang nak didaki...?? Puncak ni tak ada kereta cable... dan jaraknya lebih kurang 2 km dari kereta kabel tu. Nak mendaki bermula dari Telaga Tujuh.. terus ke Kem Saintis.. lebih kurang 1km.. Pendakian yang ni aku sebut "spirit walk"... sebab kalau tak mampu lepas yang ini.. memang tak layak nak mendaki lagi...

Selepas itu dari Kem Saintis ke Kem Tok Ayah lebih kurang 1.5 km.. Zon pendakian ini aku gelar "free and easy" sebab mendatar.. adala naik sikit-sikit... pemandangan indah... ada sungai-sungai kecil... pendek kata air tak jadi masalah la...

Zon ketiga dari Kem Tok Ayah ke Puncak Telaga Tujuh... yang ni aku sebut "skywalker" sebab mendaki dengan tali... mendongak jer.... nampak langit... kalau tak pakai sarung tangan.. mau melepuh tapak tangan....

Zon Keempat ialah "twilight zone"... kenapa..?? sebab curam dan mendaki jer.. panjat batu-batu.. silap teknik.... maut..!!! so.... ini lah zone pendakian yang paling bahaya dan paling kena berhati-hati..

Bila dah sampai di atas... tak ada apa pun... pokok-pokok kecil saja... panas lagi... Cuma ada penanda puncak gunung saja.. itu pun dah pudar... Jadi.. sebab apa yang suka panjat sangat...?? Ini lah sebabnya..

Machinchang Formation :Early to Late Cambrian

The Machinchang Formation is the oldest rock formation in Langkawi Island and in Malaysia, after the Machinchang Mountains in the northwest of Langkawi Island. The Late Cambrian age for the upper part of the formation was interpreted from the presence of the country's oldest fossil fauna of brachiopod and trilobites from Pulau Jemuruk. The Machinchang Formation is predominantly made of fine- to medium-grained sandstone with subordinate coarse-grained sandstone, conglomerate and shale accumulating a total thickness of up to 2830m. The Machinchang sandstone was interpreted as a deltaic deposit, deltaic to shallow marine deposit and fluvial to deltaic and open marine deposit. The formation is probably equivalent to the Tarutao Formation of South Thailand and is overlain conformably by the Setul Formation at Teluk Kubang Badak.

Langkawi possesses rich geodiversity in terms of rocks, minerals, fossils, geological structures, geomorphological and landscape features, with heritage value of national and regional significant. Geoheritage of Langkawi mostly occurred within rocky coasts, cliffs, peaks and waterfalls as well as in caves. Some highly significant exposures have been classified as geoheritage sites, containing one or more geodiversities of high heritage value. There are more than 90 geoheritage sites identified throughout the Langkawi Geopark, some of which have been proposed into the National Geological Heritage Lists. Despite of its rich geodiversity, Langkawi Geopark will only highlight two major geological attractions, that are: complete Palaeozoic geological records, incorporating oldest rocks and fossils in the region, best preserved sedimentary structures and fossils, best sedimentological and palaeontological evidences for affiliation with Gondwanaland. Most beautiful island karst landscape in the region featuring unique hills, ridges, islands and pinnacles, beautiful caves, tunnels and arches and the magnificent rare mangrove association with limestone bedrock.


Pagi.... Jeti Point

Salam semua.... sawadeekarp...... hehehehe....

Hari ni awal ke Jeti Kuah... hantar anakanda balik ke tempat kerja dia... cuti dia ada la 3 hari lagi, tapi dia perlu balik awal ke sana sebab ada kerja nak diuruskan. Sama macam aku juga.... awal sikit masuk walaupun ada lagi cuti.. Macam tu la mencari rezeki...

Sambil-sambil menghantar anakanda tu.. sempat juga aku ronda-ronda kat Jeti... Awal sungguh kedai-kedai buka... selalunya jam 9 baru buka.. tapi tadi aku sampai jam 8 dah beroperasi semua dah... dan meriah sungguh jeti.. Kedai yang paling meriah... hhmmm aku letak foto kat sini... bukan promosi kedai tu.... saja jer... kegilaan pelancong kat Langkawi ni... Aku ambik dari belakang kedai.. sebab dari depan dia tak bagi ambik foto....

Selamat melancong untuk 2-3 hari lagi.. dan selamat menghabiskan duit.... hehehe

Tuesday, June 7, 2011

Selat Bagan Nyior

Dah lama aku tak tulis pasal tempat ni... dan dah lama juga aku tak jejak kaki ke sini.. Dah dua tahun kalau tak salah aku la... bukan apa.. saja jer...

Baru-baru ni aku bawa budak-budak Kelab Rekreasi aku berkhemah kat sini... kat Barkat Chalet.. masih macam dulu-dulu juga.. Kak Barkat dan Abang Rashid pun macam tu juga... masih sangat mesra...

Budak-budak yang aku bawa ni tak pernah lagi bekhemah.. ini la pertama kali... mesti la ada kesilapan dimana-mana.. Tak kisah la... bagi kat budak-budak tu pengalaman dulu.. lepas ni nanti.. insya Allah...

Aku selit la sini foto-foto perkhemahan tu..


Gua Pasir Dagang











Hhhmmm.. tak ramai yang tau gua ni.... letaknya kat Pulau dayang Bunting... kalu nak ke sini kena naik bot laju.. sewa khas.. rm 150-180 sebuah... itu kalau dari Teluk Baru/ Awana Porto Malai.. kalau dari Pantai Chenang aku tak tau.. rasa-rasanya lebih kurang laa...

Cantik gua ni... masih tak tercemar seperti gua-gua lain di Langkawi.. terpelihara... Foto..??? tengok sendiri.... Ada banyak... tapi aku upload sikit jer...

Monday, June 6, 2011

Tempat kerja baru...

Geopark is not just about rocks...
it is also about people...


Any area could be designated as geopark if they possess several geoheritage features and outstanding geological landscape within which they form the nucleus for the development of local communities through conservation and ecotourism.

Essentially, a geopark should have components of conservation, local community and ecotourism. In the geopark concept, local community is regarded as a central component of interaction between various elements within the environment and thus, the geopark management authority should get them actively involved in managing geoheritage conservation and promoting sustainable geotourism.

hehehehe... sini tempat kerja aku yang baru... berkaitan dengan GEOPARK....

lama sangat


Salam... rasanya dah lama sangat-sangat aku tak update blog aku ni.. Sejak tukar ke tempat kerja baru.. hampir 2 tahun.. mujur la blog ni hidup lagi.. Macam-macam la nak cerita, tapi nanti-nanti la.. Foto pun banyak juga nak letak.. maklum la dah lama...

Banyak la foto-foto yang aku ambik dalam masa 2 tahun ni. Tapi nanti aku upload sikit-sikit... x leh banyak2... nanti tak lepas...

Aktiviti aku macam biasa la.. outdoor juga.... tahun ni dah 4 kali aku naik Gunung Mat Cincang.. dengan grup aku.. Grup outdoor juga...

Ada orang tanya kenapa aku suka sangat outdoor ni..?? Nak jawab..?? Tanya la orang yang suka outdoor.. nanti akan dapat jawapannya...

Tuesday, December 15, 2009

Salam... hehehe.. tak tau nak buat posting apa.. dok boring nih... nak binding majalah bagi siap kulit tak sampai la lagi... so.. dok browse Internet saja la.... then aku teringat la gambar ni.. buaya tembaga... dalam bahasa inggeris tak le pula di panggil "cooper crocodile"... jangan... nanti satu dunia gelak... crocodile saja sudah ler... sapa-sapa yang tak pernah tengok, mai kat rumah aku.. aku ada bela... dah besar... tak caya..???? datang le tengok... bayar RM10 sorang... murah jer..

Saturday, December 12, 2009

Hutang..


Salam... kelmarin tak buat posting... bukan apa, banyak sangat kenduri kelmarin... dari pagi sampai ke petang.. tak pergi, kawan-kawan rapat la pula... nanti tak syok ler... so, kena pergi ler... dah tu, petang kelmarin 'bayar hutang' anak pula.. janji nak bawa dia makan angin naik cable car sebab lulus cemerlang dalam periksa.. dok tangguh banyak hari dah.. kelmarin bawa ler... tapi malangnya orang ramai... ramai sangat.. malas nak beratur.. jadi pergi Petrosains saja la... janji dengan dia bila orang dah tak ramai nanti, baru naik.... dia setuju..!
Hhhmmm... aku pos ni gambar tupai albino.. gambar ori ni... tak edit.. aku pernah nampak dalam hutan tapi tak sempat nak 'shoot'... yang ni aku ambil dalam Langkawi Wildlife Park... ada lagi... monyet albino.. dan macam-macam ler... datang le kalau nak tengok..!

Thursday, December 10, 2009

Malaysia - Thailand

Salam... dah maghrib.... letih.. penat... mengantuk... ada belaka.... nak rehat sat lagi... loading gambar dalam laptop dulu... lepas tu buat posting ni... takut nanti malam tidur terus la pulak...











Hari ni ada program Kementerian Pelajaran dengan Yayasan Puteri Sirikit dari Thailand.. Program Sedunia World Water Monitoring... hehehee.. sedunia tu... jangan ... prestasi melintang pukang tahun ni... hehehehe... http://www.worldwatermonitoringday.org/ ... tapi yang ni peringkat antara malaysia dan thai saja... antarabangsa juga... letih aku... melawat sungai.. buat kajian air dengan budak-budak... masalah bahasa jadi penghalang seronok juga tengok depa berkomunikasi... ayam dengan itik.. tapi lama-lama boleh pula diaorang communicate... bahasa isyarat...








Happy juga aku kerana dapat peluang untuk berjumpa dengan rakan-rakan sejawat dari Thai walaupun hanya sehari dan rata-rata tak tahu nak cakap Melayu atau Inggeris... susah juga...

Wednesday, December 9, 2009

Malas....



Salam... jam 1230 tengahari.. baru balik dari office.. esok ada program pulak... boss pun macam dah tak ada orang lain nak dipanggil... tapi tak per la.. kalau duduk saja pun boring gak... biarlah aku buat kerja... aku bukannya pandai sangat nak duduk diam.. walaupun sakit belakang ni makin menjadi-jadi.. tapi tak per la... asal boleh bergerak.. kira OK la... aku pun tak tau nak buat cerita apa hari ni... Langkawi pun tak berapa sibuk macam tahun yang lepas-lepas... sunyi saja... maklum ler ekonomi makin teruk...

Tuesday, December 8, 2009

Dayang

Salam... boring petang ni... tak der apa nak buat... so, aku buat posting ni.. Dayang.. bukan dayang istana... bukan.. bukan.. jangan silap faham.. tapi bekas dayang istana... dulu-dulu jadi dayang istana... sekarang dah jadi batu.... betull.... dah jadi batu.. jadi pulau lagi... Pulau Dayang Bunting... hehehe... saja nak buat lawak sikit....









Hari tu aku dan member-member pergi 'island drop'... saja jer.. nak hilangkan rasa bosan tengok muka budak-budak.. aku pi ler... 8 orang.. kami ke Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah.. ingat nak ke Pulau Kentut tapi tak sempat sebab ribut... best.. nak tengok gambar..??? OK.. aku post kat sini....











Dan yang bertambah 'best' lagi, on the way tu kami terserempak dengan sekumpulan ikan lumba-lumba.. banyak.. dalam seratus ekor... wah.. banyak le bot yang berhenti dan ambil kesempatan mengambil gambar... termasuk ler aku....




















Tapi yang atas tu, lumba-lumba .... hmmm... tak tau laa... lumba-lumba apa... korang bagi nama sendiri... hehehehe...

Monday, December 7, 2009

2 hari...

Salam... LIMA dah berakhir dua hari.... macam-macam cerita didengar.. yang baik.. yang tak baik... yang hebat... yang terhebat.. dan yang 'hampeh'... Rakan-rakan ASTRA (Radio HAM) yang jadi driver kata hebat... 80% berjaya... ye ler.... berjaya jadi driver... kerja dari jam 7 hingga jam 1-2 pagi... dibayar RM80.... kalau dibahagi dengan jumlah jam kerja... RM...berapa abang...??? tak kan lah itu dikatakan berjaya...???? itu belum termasuk kena angkat barang... kena maki.. dan macam-macam lagi.... tak per la.... pengalaman.... Tapi aku berjaya..!! Pasti berjaya..! 5 hari berniaga topi dapat..RM XXXX. banyak tu... modal tak keluar.. untung saja kira.... teruk pun tidak... buka payung... gantung topi.... hehehe....rezeki LIMA... komen dalam TV..??? jangan cerita le... semua hebat belaka.... berani kata tak hebat... terus kena buang kerja...




Tapi aku puji persembahan di Awana Porto Malai... persembahan oleh anak-anak Melayu.... PDRM.. TLDM.. APMM.. cukup hebat... tahniah untuk mereka..

Sunday, November 29, 2009

Lenggok Sukhoi MKM

Sukhoi MKM.. pesawat tempur tercanggih TUDM.. hari ni buat show.. rehearsal la... hebat juga pilot Malaysia.. dan lagi hebat sebab orang Langkawi... dan aku kenal pulak tu dengan pilot tu... tahniah kat dia... memang hebat la pesawat ni.. dan tak setanding dengan F-16 Singapore.. tapi sayang, kita cuma ada 16 unit saja... mana cukup..! At least ada 30-40 unit... baru balance dengan dengan Singapore dan Thailand... entah le.. aku bukan pakar tentera.. dan yang penting aku tak ambil "komisen".. hehehe.... sapa nak mai tengok LIMA, aku jemput le ke LAngkawi.. tapi kena bawa khemah sebab hotel/chalet/ homestay/asrama dah penuh belaka... rumah aku pun penuh... adik beradik datang... seronok.. macam kenduri la pulak..!




LIMA dah mula..

Salam... agak lama dah tak buat posting.. bukan apa sibuk dengan tugasan harian... hhmm... banyak benda dan perkara berlaku dalam seminggu nih... macam-macam... dan sekarang ni LIMA da mula... berdesing atas kepala aku... bimbang juga kalau-kalau ter'lajak' pesawat tu.. rumah aku dekat sangat dengan airport.. dalam 1 km gitu... tapi kawasan rumah aku ler tempat pesawat-pesawat tu tunjuk hebat.... betul-betul atas bumbung rumah... gegar semua... kesian kat kucing aku... di bawah katil le tempat dia menyorok... terketar-ketar...