Salam... semalam aku buat posting pasal Tukun Perak.. tapi sikit jer.. hari ni nak sambung sikit... sebenarnya dalam amasa sebulan aku tak buat posting, banyak aktiviti aku.. walaupun kurang sihat, tapi kehidupan mesti diteruskan.. ye la.. duduk saja kat rumah.. boring.. so, aku pun macam biasa ler.. buat aktiviti luar.. walaupun kadang-kadang sakit sangat, tapi aku diamkan saja.. malas dengar bini aku bising..
Ok... pasal Tukun Perak ni.. tak ramai orang yang pernah sampai ke sana.. pertama, sebab jauh sangat... laut gelora... dan merbahaya kepada bot-bot kecil... dan yang kedua sebab ianya kawasan keselamatan.. sempadan negara.. Malaysia-Indonesia. So, ia dikawal ketat oleh tentera Malaysia dan ketiga sebab takut terserempak dengan lanun.. maklum ler.. laut lepas... Bila dapat peluang ke Tukun Perak, aku tak lepas ler... lagi pun aku pergi dengan bot Tentera Laut CB90. Laju... 2 jam dah sampai. Terima kasih TLDM...
0 comments:
Post a Comment