Pages

Monday, November 30, 2009

Malaysia VS Singapore...

HHmmm.. tak der nak buat apa-apa petang nih... so.. aku cuba buat bandingan pesawat tentera Malaysia dengan pesawat tentera Singapore....cuba bandingkan dua pesawat ni...

Yang ni pesawat Nuri MAlaysia... umur 40 tahun
Yang ni pula Apache Singapore.. umur 4 tahun

LIMA lagi....

Salam.... pagi ni bangun awal sikit... hehehe.. selalunya lepas subuh tu, 'lajak' tidur sikit... maklum le cuti.. tapi hari ni aku bangun awal.. pergi masjid... bukan apa.. semalam Datuk Zahid Hamidi beri lembu sekor untuk korban... jadi hari ni ramai-ramai ler kami 'korban'kan lembu tu... tak ramai yang datang.. maybe sebab dah mula kerja hari ni... otak aku pun dah lapang.. kerja semua dah siap.. dah hantar ke printing pun... relaks..!










Lepas tu aku ke airport.. tengok pass LIMA aku.. tapi belum siap lagi.. esok dah nak mula.. kacau nih... macam mana nak repot news kalau pass belum ada... tak pa.. tengok airshow dulu... ada beberapa pesawat baru sampai... antaranya F111 dari Australia... itu saja ler yang ada pun... yang lain semua dari Malaysia dan Singapore... tak per.. janji ada..!










Lepas tu aku ke Kuah.. hantar kawan balik.. Allah.. tak pernah sangkut macam ni... tak tau le berapa km jalan jem..! Selalunya dari rumah aku ke jeti dalam 30 minit sampai ler.. tapi kali ni mau hampir 1 jam lebih... itu pun aku bypass pekan kuah... rezeki LIMA... cuma buat driver LIMA yang datang dari luar, berhati-hati la dijalan raya Langkawi.. aku bertembung dengan 4-5 orang driver ni yang memandu macam F1.. nak tunjuk hebat kut kat orang Langkawi... tadi satu dah tergolek...









Foto ni saja jer aku post kat sini... sapa yang nak copy, aku bagi.. tapi bagi le credit kat aku.. jangan le main cetak rompak saja..

Sunday, November 29, 2009

Lenggok Sukhoi MKM

Sukhoi MKM.. pesawat tempur tercanggih TUDM.. hari ni buat show.. rehearsal la... hebat juga pilot Malaysia.. dan lagi hebat sebab orang Langkawi... dan aku kenal pulak tu dengan pilot tu... tahniah kat dia... memang hebat la pesawat ni.. dan tak setanding dengan F-16 Singapore.. tapi sayang, kita cuma ada 16 unit saja... mana cukup..! At least ada 30-40 unit... baru balance dengan dengan Singapore dan Thailand... entah le.. aku bukan pakar tentera.. dan yang penting aku tak ambil "komisen".. hehehe.... sapa nak mai tengok LIMA, aku jemput le ke LAngkawi.. tapi kena bawa khemah sebab hotel/chalet/ homestay/asrama dah penuh belaka... rumah aku pun penuh... adik beradik datang... seronok.. macam kenduri la pulak..!




LIMA dah mula..

Salam... agak lama dah tak buat posting.. bukan apa sibuk dengan tugasan harian... hhmm... banyak benda dan perkara berlaku dalam seminggu nih... macam-macam... dan sekarang ni LIMA da mula... berdesing atas kepala aku... bimbang juga kalau-kalau ter'lajak' pesawat tu.. rumah aku dekat sangat dengan airport.. dalam 1 km gitu... tapi kawasan rumah aku ler tempat pesawat-pesawat tu tunjuk hebat.... betul-betul atas bumbung rumah... gegar semua... kesian kat kucing aku... di bawah katil le tempat dia menyorok... terketar-ketar...

Thursday, November 19, 2009

Akhir

Salam... hari akhir persekolahan sesi 2009.. budak dah balik... cikgu-cikgu dah balik.. adalah yang tinggal 2-3 orang lagi.. bertugas... termasuk ler aku... nak menghabiskan kerja sikit... bukan sikit.. banyak... fail.. majalah... ko... macam-macam ler...

Aku rehat sat.. buka blog aku.. taip apa yang patut.. nanti jadi malas nak update pula... minggu depan aku nak rehat habis-habisan... so, minggu ni aku selesaikan semua kerja aku... lagi pun minggu depan dah dekat nak LIMA.. aku nak buat kerja untuk LIMA pulak.. cari duit lerr.... dan aku nak rehat habis-habisan....
Oh... 2-3 hari lepas member aku yang dah 20 tahun lebih terpisah call aku... seronok dapat berbual dengan dia... kalau dia baca blog ni, aku ucapkan selamat bercuti.. dan untuk semua guru di Malaysia ni, SELAMAT BERCUTI, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA dan SELAMAT BERTUGAS bagi yang kena bertugas...Byyeeeee....

Tuesday, November 17, 2009

Akhir tahun..

Salam.. 17 November.. 2 hari lagi nak cuti sekolah... dok buat clearance... mana-mana yang tak clear lagi... hari ni ke Awana Porto Malai dengan rakan-rakan.. bukan ponteng kerja.. tapi bekerja.. makan.. jamuan akhir tahun.. itu pun selepas sekolah.. lepas semuanya selesai, kami bertolak ler.. ramai-ramai... kongsi kereta.. aku..?? macam biasa ler.. ada pemandu..
Jamuan best juga ler.. padan ler kena bayar RM30 sorang.. ada 90 orang semua.. banyak tu...! Dan yang paling best sekali, aku punya favourite ada... hmm.. ulam petai cicah budu... walaupun tak sedap sangat budu tu, tapi OK la... tapi ikan bakar tak ada.. daging bakar, kambing, dan macam-macam ler... BEST!
OK laaa... aku nak buat kerja lain sat... nanti lapang-lapang aku sambung balik....

Monday, November 16, 2009

Tukun Perak II

Salam... semalam aku buat posting pasal Tukun Perak.. tapi sikit jer.. hari ni nak sambung sikit... sebenarnya dalam amasa sebulan aku tak buat posting, banyak aktiviti aku.. walaupun kurang sihat, tapi kehidupan mesti diteruskan.. ye la.. duduk saja kat rumah.. boring.. so, aku pun macam biasa ler.. buat aktiviti luar.. walaupun kadang-kadang sakit sangat, tapi aku diamkan saja.. malas dengar bini aku bising..

Ok... pasal Tukun Perak ni.. tak ramai orang yang pernah sampai ke sana.. pertama, sebab jauh sangat... laut gelora... dan merbahaya kepada bot-bot kecil... dan yang kedua sebab ianya kawasan keselamatan.. sempadan negara.. Malaysia-Indonesia. So, ia dikawal ketat oleh tentera Malaysia dan ketiga sebab takut terserempak dengan lanun.. maklum ler.. laut lepas... Bila dapat peluang ke Tukun Perak, aku tak lepas ler... lagi pun aku pergi dengan bot Tentera Laut CB90. Laju... 2 jam dah sampai. Terima kasih TLDM...


LIFT- Cabaran Tukun Perak ni memang hebat.. ramai peserta datang dari Malaysia, Singapore, Brunei, Thailand dan banyak lagi ler... itu la baru pertama kali aku tengok perkakas mancing yang nilainye beribu-ribu ringgit... ada yang sampai RM10,000.... hebat kaki pancing ni....

Sunday, November 15, 2009

Tukun Perak International Challange

Salam... dah lama tak update... bukan sengaja tapi dengan kekangan kesihatan dan tugas harian dihujung tahun, menyebabkan blog ni tak dapat nak di update... sebebnarnya banyak event yang berlaku dalam masa sebulan ni.. banyak sangat.. dan yang latest ni ialah cabaran tukun perak... tukun perak..??? kata mana tu..??? tengok google map... jaraknya lebih kurang 60 batu nautika dari Langkawi.. perjalanan..??? hhmmm... boleh tahan... 6-7 jam la... naik bot ikan...

Bagi kaki pancing, ini lah syurganyer... tapi awas... kawasan ni adalah kawasan larangan ketenteraan... dikawal oleh tentera .. ATM... anda mungkin ditembak.. so.. kalau nak pi, minta kebenaran dulu... Gambar-gambar ni aku post masa pertandingan mancing LIFT.. Langkawi International Fishing Tournament - Tukun Perak Challange 2009. Ikan..?? Korang tengok sendiri...